HEY YOU!!STOP LOOKING AT ME!!

Bismillahirrahmanirrahim.



ALUMNI DQ



Aku gembira. Ya, tidak kunafikan, aku memang agak bersungguh untuk ke DQ sebab keghairahan untuk bertemu insan-insan bertaraf tinggi di mata Allah.

Ya, kamu.. BANIN dan BANAT Darul Quran. Kamu insan yang dimuliakan Allah.

Izinkan aku untuk meluahkan isi hati kecilku ini di sini. Andai kalian merasa tidak berkenaan dan tidak berkenan, sila berundur diri dari sini.Harap maaf.Terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------

Bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan semasa di DQ, sgt bermakna. Sahabat, telah ku padam memori lama. Aku yakin, aku akan bertemu dengan insan-insan BARU. Fikiranmu sudah terbuka dek lebih terdedah dengan dunia luar.

Kuharapkan KAMU YANG BARU. A better one.

Kegembiraan...Terima kasih atas kegembiraan itu duhai sahabat.

Tapi KAU!! LELAKI

Maafkan daku. Kali ini tidak ku maksudkan kalian SEMUA. Tapi Yang pernah bertapak bersamaku di DQ.

Salam yang anisah. Ada suara2 radikal, tak kurang yg konservatif dr pihak banin, bertanya perihal tudung nti..Pada hemat kami, tudung nti x cukup kriteria sbb pendek. Mungkin nti ada penjelasan.

Salam wahai wakil banin. Boleh kemukakan dalil yg menegaskan muslimah wajib memakai tudung labuh?.Setahu ana, tudung yang dipakai mestilah tebal, dan menutup dada.Itu dah cukup dari segi syarat penutupan aurat.

Ok..kalau gitu xpela.

Aku biarkan dia. Segala kesengsaraan dan kepahitan yang MEREKA berikan kepadaku sewaktu di DQ dahulu terimbau tanpa dipinta. Aku menangis. Kenapa Ya Allah?.

Tidak cukupkah aku melarikan diri dari kalian dengan tidak bersama-sama kalian menyambung pengajianku di UIA?.

Kalau dulu, ya, aku banyak berdiam dek diri yang sememangnya penuh konflik, dan baru berjinak-jinak mendapatkan cinta ALLAH.

Tapi saudara-saudaraku, tidak cukupkah semua airmata yang kalian tarik keluar dari kelopak mataku selama setahun setengah dahulu?.

Aku pinta. JANGAN PANDANG DIRI INI!!
Kalian boleh anggap sahaja aku sudah tiada lagi di dunia jijik ini. Aku terlalu kotor untuk bersama kalian yg sememangnya sempurna.
Tapi pintaku, cukuplah segala fitnah yg kau taburkan selama ini.Aku terlalu lemah unutk menanggungnya lagi. Lepaskan aku.


Nti jangan terasa hati/zhon ya. Sekadar ingin clearing the air je.

Im a girl. Ntahla, all I can say is thank u for all the suffers u guys served for me. I believe all these ada hikmah yg Allah sediakan untuk ana dan kalian. Tolong sampaikan salam ana pada SEMUA banin yang berkenaan. Moga Allah merahmati usaha kalian utk membetulkan hambaNYA yg HINA ni.

cukup. jangan ganggu hidupku lagi. Aku akan anggap kalian tidak pernah kukenali. Tidak tertanggung beban dendam ini di dalam hati. Inginku hapuskan semuanya di hadapan ALLAH. Tolong.

Nti jangan salah sangka ye. Kami bukan nak mengeruhkan keadaan. Tapi nk tau stand nti je. Nti ikutla mana2 stand yg nti selesa.


lantak kau lah!. ape2 je. STAY AWAY FROM ME!!


Kerapkali ku membuat pertemuan dengan insan-insan 'alim dan wara'..Guru tasmi'ku, Ustaz Wan Ali, Pembimbingku, Ustaz Kabuye..dan mereka-mereka yang lain..
Tidak pernah pula mereka mempersoalkan pemakaianku. Apa daku sememangnya salah?.jadi kenapa tidakku ditegur oleh insan-insan ini?.
Apa ilmu kalian terlalu tinggi sehingga ku sendiri tidak tahu yang mana haq, dan yg mana bid'ah?!

Kenapa dikau bersusah payah memikirkan pendirian daku?. Jangan tipu!. Kau hanya sibuk mencari kesalahan aku!.Dari dulu..
Terlalu sukar untukku mendamba kekuatan dari yg ESA untuk berada dalam diriku yg kini. Kenapa aku yg kalian hukum?.Kenapa?.
Aku sudah terlalu lemah. Mengapa kalian ingin menambah lagi kelemahan yg ada?.
Kalian sering menekanku, dan TINGGALKAN daku dalam keadaan terpinga-pinga dan kesunyian.
Untungku Allah di sisi.
Ya, inilah hikmah yg kumaksudkan. Terima kasih kalian. Kerana kamu, aku sekali lagi berpeluan untuk menangis dihadapanNYA.
I mean it. THANK YOU SO MUCH.

Teori. Ku fobia dengan teori!
Satu teori: Setiap hafizah MESTI memakai tudung labuh, dan berjubah/berbaju kurung/kalau boleh tidak berseluar. Untuk membezakan mereka dengan wanita biasa.

APA ni??
Kamu yang bergelar pembaca.Jawab daku untuk persoalan ini.Tolong daku.

Akan kuberdiri dalam kekuatan Allah. Bantulah hambaMU yang terlalu hina ini ya Allah.
Jangan KAU selitkan rasa benci terhadap hamba-hambaMU yang mulia itu. Mereka lebih sempurna berbanding daku. Peliharalah mereka.

Kenali daku:
Diri ini mudah menerima teguran. Akan sedaya upaya menghadam teguran dan kritikan secara profesional dan rasional.
Aku pemikir. Setiap patah kata yg kau hunus kepadaku akan ku analisa satu persatu.
Hanya yang BETUL dan sesuai dengan diri dan situasiku akan ditelan.
Yang kurasa kurang tepat, ku tinggalkan sebagai kenangan.
Tetapi andai ia perlukan penjelasan dariku, tidak ku malu menyatakan pendirian.

Hanya kritikan kuterima.BUKAN KUTUKAN MAHUPUN FITNAH ATAU KONTROVERSI TAK BERTEMPAT DAN JELAS KETIDAKSAHIHANNYA.

Terima kasih wahai BANIN.

Allahua'lam.





Comments

Anonymous said…
banin2~
Anonymous said…
banin.

sedarkah kau malam tadi israel mengebom palestin secara besar2an.

kau masih sibuk dengan dunia kau yang hanya angan2 sahaja.
Anonymous said…
salam.
sbr k.atie.
Allah x akn bebankn hamba-Nya jika hamba itu x dpt menghadapinya.
Anonymous said…
okla bagi muslimah utk berpakaian ape2 shj selagi tidak menampakkan bentuk badan mereka, from my viewla.
atie~

kuatkan semangat ye..
i'm always with u ok!

as long as ape yg kite buat bertepatan dgn syariat, just go on.

manusia mmg mudah mencari kesalahan tp pada masa yg same hikmah menegur tu tiada..

smoga atie trus thabat d jalan dakwah yg diredhai ALLAH ameen
Anonymous said…
salam atie~
Maybe i am n0t d ryte pers0n t0 speak. Jz take it as an 0pini0n fr0m s0me0ne with shall0w ilmu at heart...

As hafizah, Wearng tudung labuh,bju kurung is 0nly a trend. There was pe0ple wh0 set d fashi0n 4 th0se wh0 claim themselves s religi0us.im x g0nna t0uch b0ut their intenti0n,whch i ch0ose t0 believe they wear it 4 g0od.

X f0ll0wing their fashi0n wif go0d intenti0n gives space 4 th0se wh0 understands islam t0 appr0ach 0thers t0 bring them back 2 d r0ute. As l0ng as u kn0w what ure d0ing is c0rrect, i respect ur stands.

Be str0ng atie =)
Ladyship Atie said…
salam maal hijrah.

indeed my emotion is still unstable since yesterday.

hmm..

----------------------------

banat,
biarkan mereka.
ingin menyelesakan diri dalam biah solehah.

pernah x terfikir, kenapa kite dambakan biah solehah?
adakah kerana takutkan cabaran dunia?.
bukankah tanggungjawab kite akan lebih berat dalam dunia seperti kini?.
entah.ape2 jela.biarkan mereka.

----------------------------

Anonymous.
thanx ye.
semoga Allah lebih menyayangi aku dan kalian2 semua.amiin

---------------------------

nameless,
sepatutnya begitulah.
tapi bagi mereka?.

---------------------------------

zulaikha,
insyaAllah..lebih banyak dugaan, lebih kuatlah hambaNYA biiznillah.

------------------------------

Amien.

manusia yg lebih diuji dgn dunia yg penuh kemaksiatan,
penuh ranjau dan duri,
lebih memerlukan minda yg terbuka dan biasanya insan seperti kamu dan yg lainlah yg lebih tahu erti hormat dan memahami.

Terima kasih duhai sahabat;)
Anonymous said…
salam,
maafkan kami kalo melukakan hati enti,memang kami ada bertanya soalan itu,tapi tidak pernah skali terlintas di hati kami untuk memburukkan enti, kami just nak tau dalil@pendapat mana yang enti pakai,supaya bertambah pengetahuan kami dan meneguhkan ke'husnuzon kami terhadap semua wanita,tidak skeadar banat sahaja..
badruddin said…
www.kijangterbang.blogspot.com
Ucapkanlah ;

حسبن الله ونعم الوكيل

"لا تهزن"

b strong yer.
hati yg cekal pasti akan berjaya
chentatiku said…
sabar ye atie.sama2 kite jaga diri kita.aku pernah rase ape yg ko rase.tetapkan pendirian kau k!
Ladyship Atie said…
anonymous aka BANIN,

Cuba nta tny hati, an pasti ada sekelummit rasa was-was dan ragu-ragu akan pemakaian dan personaliti an skrg.
Dari dulu, hingga sekarang, antum x pernah cuba utk memahami sekaligus menghormati.
Banggalah kalian dgn dalil2, ilmu dan jalan da'wah kalian.
Tapi satu nasihat an, fahami dunia. cintai dunia semoga dunia cintakan Da'wahmu.(jgn disalahertikan kata-kata an ni).

Allahua'lam.

-------------------------------

Baddo,
wuteva~
thanx.

---------------------------------

saudara nik joe,

syukran, insyaAllah..
Tidak akan pernah kuat tanpa Allah.
Tolong doakan.

----------------------------------

Za,
thanx fren;)
Tolong doakan sahabtmu di sini.
eksp said…
atie,

sesungguhnya kami kaum banin nih umur je dah tua... tapi minda kebanyakannya masih tertutup dan lambat matang berbanding kaum banat...

so, maafkanlah mereka... dan biarkan mereka sehingga mereka cukup matang.. satu hari nanti mereka akan terbuka jugak pemikiran dan hati mereka...

lagipun, mintak maaf terlebih dahulu dengan penggunaan statement nih ~ kebanyakan golongan alim yang tidak masuk dalam masyarakat lebih suka menghukum dari berdakwah dengan hikmah ~ sekadar pengamatan saya dari dulu sampai sekarang....

wallahualam

p/s: teringat zaman muda2 dulu.. hehe (tetiba terasa tua sangat la pulak)
Anonymous said…
Salam atie
salam maal hijrah
b strong k
xyah nak amek pusing sgt apa yg para banin tu ckp..kalau betul ape yg diorg ckp,xpela mungkin ada yg kte leh ubah kpd yg lebih baek tp kalau salah biarlah,Allah je yg tau hati kte mcm mana. Perkara tu jgn smpi memudaratkan kite. sesungguhnye mizan kte di sisi Allah, bukan di sisi manusia. biarla manusia nak nilai mcm mana. apa yg membezakan kite sume adlh taqwa. "inna akramakum 3nda Allahi atqaakum"

Kullu 3am wentum ila Allahi aqrab
=)
Anonymous said…
salam atie...
be strong k.. :)
mmng 1 cabran bile berdepn dgn golongn2 yg atie mksdkan...
---"Banggalah kalian dgn dalil2, ilmu dan jalan da'wah kalian.
Tapi satu nasihat an, fahami dunia. cintai dunia semoga dunia cintakan Da'wahmu"----

setuju dgn ni atie!.. doakan syued jugak berhadpn dgn ujian2 mcm ni... yakinilah apa yg ati yakin. usah pedulikan kata2 yg kurng enak itu...
kuatkan diri mu wahai teman.. :)
Zayana Yusof said…
berkongsi pengalaman, moga dapat berkongsi kekuatan.

hati ini slalu tertanya, "apa lagi yang tak cukup syarat ni..? rujuk surah annur banyak kali dah. check pakaian sendiri, check dah."

tapi lepas tu, hati pun kata pd dr sndr... "dahla.biarkan mereka. kau tahu siapa kau."
Anonymous said…
tie, amende laa backgroung mu pkai ni??? awat susah bebenor nk mmbace eh??? nk kene highlight sumer br nmpk... anyway, doakan wani!!! chaiyyok ati n wani!!!
Anonymous said…
salam,
maaf kalo ada yang tersinggung hati, tapi percayalah,tak pernah pun dalam hati kami untuk mencari kelmahan apatah lagi memandang hina pihak banat.

memang silap kami,sama ada dalam menanyakan soalan itu dan juga dalam mengutamakan perkara aulawiyat..
chaz said…
salam tie,
ko xpyh pk sgt..wat bodo je..banin tu mmg..xpyh layan sgt..nway, as long as ape yg kite wat tu xbtentangan ngn syara', i think thats enough. tntang 'kelabuhan' tudung tu xperlu dperbesar2kn sgt..biase la, org lebih nmpk pkara2 furu' dr yg besar..

*i should've comment last week*
Ladyship Atie said…
salam lambat respon pd kamu-kamu.;)

eksp,
lazimnya begitulah, tp sy percaya tidak semua.
mereka sudah dimaafkan^^

walaupun anda sudah berusia,hehe, tp kami yg masih muda ni masih boleh enggap anda sng sahabat.haha

-----------------------------------

banditz88 aka sarah;)

dah terpusing-pusing dah aku before ko bg nasihat tu.haks
tp dont worry, im already fine.=D
happy new year babe!!
tcare.


-------------------------------

syued,

thanx fren=)

----------------------------------

Yana dear,

kadang-kadang persoalam sebegitu hanya bisa terjawab setelah kau lakukan satu hal..
iaitu istikharah.
dan kadang-kadang perkara yg kita rasa betul tak selalunya betul pd pandangan Allah.
pokoknya, bertanyalah pd yg lebih 'arif=)

----------------------------

anonymous aka banin,

ye,mungkin kalian tidak terniat, cuma ana je yg terlalu sensitif.
mmg sifat diri, bila kesedihan perlu dikongsi dgn sahabat2, bila an sakit hati atau tidak puas hati, menangis kemudian terus cuba membetulkan apa yg kurasa x betul.

ana rase kalian ade salah, namun ana tahu ana juga salah.
jadi, maafkanlah ana, dan ana dah pun maafkan kalian=)

Ukhwah fillah biridhallah=)

------------------------------

syazmeen aka nina;)

hehe..lambat bangat sih responnya.
aku dah okay dah,xpe, aku pn silap jugak sbnrnye.
diorang xwat salah besar pn.
heee~
aku mmg teruk kan.kesian banin.
pe2pn, SORRY to all!!
Anonymous said…
salam..
kenapa ye,,
mereka yang dari golongan mempunyai pengetahuan tinggi dalam agama kdg2 terlalu konsevatif..
tak boleh itu dan ini, itu haram,berdosa kalau buat tu..pelik..
kalau ada org nk masuk islam atau berminat utk mendalami islam, mungkin membatalkan niat kerana takut islam itu susah..

islam itu sgt mudah dan sangat indah..
tudung labuh atau tudung pendek bukan lah penentu seseorg tu akan mendapat syurga atau neraka..
tetapi ketakwaan yang menetukan..

mungkin bertudung labuh adalah cara yang baik untuk menutup aurat, tapi bukan lah sesuatu yang wajib dalam islam..
cukuplah sekadar tudung itu tidak terlalu jarang dan menutupi dada dan belahan leher baju..

mengapa susahkan perkara yg mudah??
islam itu mudah dan memudahkan..

wallahualam~
the zyra said…
salam atie..
first time masuk blog atie tp sy sgt tertarik...dr td dok naca entry2 atie...saya suka dgn stand atie..saya fhm apa yg atie lalui n terpaksa tempuhi sbb kisah kita hampi sama..

kdg2 dunia tak adil..dunia slalu beri false judgment..tp jgn risau, Allah maha adil malah terlalu penyayang...

saya bukan lah hafizah spt atie tp sy budak sek agama selama 6tahun..i've STAM certificate..but takdir Allah mencampakkan saya ke degree undang2...

besar betul dugaan yg saya hadapi..saya berubah utk menyesuaikan diri dgn suasana tp still dlm biah syariah tp terlalu banyak mulut yg komen..
mujur Allah kurniakan saya hati sekeras batu...i just ignore the nonesense..and live in a happy life...

be strong and looking forward to be ur friend...
Anonymous said…
salam nak tanye...pemakaian stokin 2 digalakkan ke atau wajib, saye bukanlah org yg alim...ade org tegur...kate pemakaian stokin 2 wajib...macam mane ye...

Popular Posts