Bila hati berkata-kata, tapi...

Mulut x mampu berbicara..

Bila fikiran bersetuju,
tapi akal waras meminta kesabaran..

Bila hatiku sangat lemah,
tapi Iman dengan hemahnya mengingatkan amaran-amaran Allah...

Di saat anggota tubuh terlalu ingin menggapai sesuatu,
Namun dihalang anggota-angota tubuh milik sang insan lain...

Oh, lemahnya aku ya Allah..

Alangkah indahnya hidup tika itu..
di saat aku bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan amaran dosa pahala..
Di saat aku tanpa sedar, menjadi itulah yang namanya aku.
Di saat sang insan tidak mempersoalkan aku yang sememangnya aku.

Tapi saat ini?.
Tatkala aku punya identiti diri..
Saat aku lemah, perlukan sokongan...
Sang insan sibuk melemahkanku..apakah dugaan ini ya Allah?
Tidak mengertikah mereka?
Aku punya asbab diri,
Aku juga punya prinsip yang telah kutanam untuk hidup si insan yang hari-harinya meminta petunjuk olehMU..
insan itulah aku..
Aku yang seringkali diperlekehkan oleh sang insan yang sepatutnya menjadi sahabat di saat susah mahupun senang..
Namun aku bersyukur Ya Allah,
benarlah pepatah Melayu. patah tumbuh hilang berganti..

Di saat aku direndah-rendahkan di satu pihak,
Aku disokong oleh pihak yang satu itu..
Semuanya diatur olehMU ya Allah,
aku tahu itu.
Mudah-mudahan setiap detik dan ketikaku,
sentiasa dihujani petunjukMU.
agar aku tidak lagi sekali tersesat dari jalan yang diredhaiMU..
Aku cintakanMU Ya Allah!

Comments

aku_zuhai said…
salam...
be urself...
stay gn identiti anda,tabah lah dgn segala ujian,,jgn mudah tunduk gn kata2 orng...
aku sejuk hati ada orng cam hg yg bleh tutup aurat gn complete,,slalunya klau dah msuk U terkena kejutan budya,yg tudung labuh pun jadi len dah...
aku doakanmu berjaya hadapi dugaan..
all da best in ur life
Ladyship Atie said…
salam..
syukran jazilan wa jazakallahu khair=)
insyaallah, i'll stay as how I am now..

Popular Posts