Say No to Ma'siat!!

~ dan janganlah kamu mendekati zina!



ولا تقربوا الزنى انّه كان فحشة وساء سبيلا

“DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA,SESUNGGUHNYA IA
ADALAH SEBURUK-BURUK DAN SEKEJI-KEJI JALAN’’(Al Isra’ :32)

Jangan hampiri zina!

Kami tak berzina.
Maaf,saya tak menuduh awak berzina,tetapi awak menghampiri zina.

 Tak adalah,kami cuma berbual,berbincang,tanya khabar,minum- minum…tak kan tu pun menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumus ke lembah penzinaan.

 Kami dapat mengawal perasaan dan kami tak berniat ke arah itu!
Hari ni,ya.Besok mungkin kamu kecundang.Kamu dalam bahaya,jangan bermain dengan bahaya.Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus.Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.

Jangan pula lupa,siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa!Iblis amat licik,pengalamannya banyak,ia ada 1001 cara.Ingat pesanan Rasulullah: “Janganlah kamu bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan”.[Tabrani].
Syaitan akan menghembus perasaan berahi,kita lemah untuk menghadapi tipu dayanya.

 Tak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan,ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS je,tak pernah bersua muka pun!!!
Betul,itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya tak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora.Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akn mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja,percayalah…ianya akan berlanjutan dan berterusan.Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

 Takkan nak berbual-bual pun tak boleh..,Itu pun zina ke?
Nak buat macamana lagi,kan Nabi dah pesan yang “dunia itu adalah syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang mu’min”. Lagi pun zina itu ada bermacam-macam jenis dan peringkat.Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu apabila saling bertentangan mata,lihat kekasihnya juga zina mata.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Pandangan itu adalah panahan dari syaitan”.Dan sabdanya lagi: “Barangsiapa yang memenuhi kedua-dua matanya dengan perkara yang HARAM,maka Allah akan memenuhi kedua-dua matanya dengan BAKARAN API NARAKA JAHANNAM,tiadalah pada setiap pagi itu melainkan ada dua malaikat yang berseru:CELAKALAH kaum lelaki kerana kaum wanita dan CELAKALAH kaum wanita kerana kaum lelaki (kerana masing-masing menjadi penyebab kpada ma’siat)”.[Ibn Majah dan Abi Daud].
Zina telinga adalah dengan mendengar suaranya,sebab itu Allah mengharamkan kpada kaum wanita berbicara dengan lunak dan mngada-ngada (niat menggoda) dengan kaum lelaki.
Firman-Nya: “Dan janganlah kamu(kaum perempuan) melunakkan suara kamu katika berbicara dengan kaum lelaki kerana di dalam hati mereka ada penyakit (syahwat),dan katalah dengan perkataan yang baik (jika ada urusan)”.[Al Ahzab:32].Namun,untuk percakapan yang biasa,ianya tidak menjadi masalah tetapi haruslah berdasarkan apa yang telah ditetapkan agama.
Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih seperti mana yang disabdakan Rasulullah: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh,kedua kaki juga berzina dan zinanya dengan berjalan [menuju ke tempat pertemuan],mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman”.[Muslim dan Abu Daud].
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpada penzinaan amat banyak,jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan dan lorong yang boleh membawa kpada penzinaan.

 Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran je!
Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu.Allah tahu apa yang terselit di dalam hati kita.Kita nak belajar,nak keberkatan.Kalau nak cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati oleh Allah,kejayaan tak akan membawa kebahagiaan.Hidup tak bahagia,akhirat lebih lagi.

Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia,firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampur adukkan perkara yang haq dengan perkara yang batil sedangkan kmu mengetahui”.[Al-Baqarah:42].
Allah suka kepada orang yang berilmu,jadi belajar pun hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat.Adakah berdiskusi macam ni ditulis sebagai ibadah oieh malaikat Raqib dan Atid?

 Sungguh!Bincang pelajaran saja.Ni study group…
Study group…?Nampak lain macam saja,manja,senyum memanjang,tak macam gaya study pun.Takkan study group berdua sahaja?Kemana-mana pun berdua.Kalau ye pun,carilah study group ramai sikit.Kalau duduk berdua-duan macam ni…betul ke bincang pelajaran?Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu…banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

 Tidaklah…sungguh,berbincang pelajaran…
Baik sungguh awak berdua.takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat! Kita bukan malaikat,tak ada nafsu.Kita manusia,jangan menafikan fitrah manusia.kita ada nafsu,ada keinginan.itulah manusia.

 Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi…
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?Jangan hina kaum sejenis kita.Ingat! Banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis.Lebih tenang perasaan,tak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

 Takkanlah tak ada lansung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta?Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka memiliki (sense of belonging) adalah fitrah.Kalau naluri itu tak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu,tidak!Islam tak suruh mebunuh naluri seperti apa yang dilakukan oleh para sami atau paderi.Jangan nafikan naluri ini,jangan berbohong pada diri sendiri.Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah,cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat nalurinya,jangan jadi malaikat!Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.Dunia dan sgala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

 Jadi,tentu ada cinta secara islam.
 Cinta dalam islam hanya satu,iaitu perkahwinan.Cinta berlaku setelah ijab qabul,(cinta selepas berkahwin).Itulah cinta sakral dan qudus.Cinta yang bermaruah,bukan cinta murahan atau cinta cimpazi.Inilah kemuliaan Islam.

Apabila islam melarang sesuatu perkara,tentu ia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Kalau ia melarang antara cinta lelaki dan perempuan sebelum kahwin,ia membawa ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.Sabda baginda:“Tidak ada yang patut bagi dua orang yang saling mencintai melainkan nikah”.[Ibn Majah].

 Kalau begitu,cinta remaja semuanya m’hampiri kpada penzinaan?
Kalau lelaki dan perempuan bertemu,tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan,lepas tu asyik teringat,rindu la katakan.Sampai ada pasangan yang sanggup menghabiskan duitnya semata-mata kerana pasangannya.Kadang-kadang tolong topapkan setiap bulan.Lepas dah asyik gayut je,tak kan takat dengar suara je kot.Apa salahnya kalau ada pertemuan,kamudian duduk berdua-duaan,kemudian cari port yang sunyi sikit.Kemudian berbual panjang hingga lewat mlm.Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin rapat.Kalau tadi macam kawan,tapi sekarang dah macam pengantin yang baru semalam……

Bukankah mereka semakin hampir dan dekat sangat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan.Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah penzinaaan dan kesengsaraan! Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Barangsiapa yang melakukan KEMA’SIATAN kpada Allah dan Rasulnya,maka baginya NERAKA JAHANAM dan mereka KEKAL di dalamnya untuk selamanya’’.
(Al- Jin:23).

Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda dari seekor nyamuk sekalipun!!!

 Ala…masih ramai lagi orang yang bercinta,tetapi selamat,tak sampai berzina…Kami tahan diuji…
Allah yang menjadikan manusia.Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tak tahan ujian..Oleh itu Allah perintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

 Jadi,manusia itu tak tahan diuji???
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa.Sejak awal dari penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil.Allah mentaqdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah telah menegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga.Buah yang lain boleh dimakan.Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia,tak tahan diuji.Oleh itu,Allah berpesan kpada mereka agar jangan menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah: “Wahai Adam!Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai,dan janganlah kamu menghampiri pokok ini,jika kamu menghampirinya maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim”.[Al-A’araf:19].

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi,tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa.Jika menghampiri perkara tegahan,takut nanti mereka akan memakannya.Kerana mereka tidak dapat mengawal diri.Demikianlah juga dengan zina.Ditegah berzina,maka jalan ke arah penzinaan juga di HARAMKAN!Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-dua akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita,Adam dan Hawa.

 Tujuan kami hanya untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin…Tapi cinta lepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.Bercinta adalah cara untuk mengenali pasangan…
Betul ke apa yang kamu cakap tu?Jika mengikut kajian psikologi,pasangan yang berkahwin selepas bercintalah lebih banyak bercerai berbanding dengan pasangan yang tidak bercinta sebelum kahwin.Dah kalau masa bercinta sebelum kahwin dah bual macam-macam,dating sana sini.Bila dah kawin,dah tak ada apa yang nak diluahkan lagi,semua dah cakap masa bercinta dulu.Segalanya tak diberkati Allah,sebab tu tak lama.

Lagipun boleh ke percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.Penyayang,penyabar,pemurah,carring,concern dan macam-macam lagi.Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata.Kalau merajuk,ada yang akan pujuk…Bau kentut pun bau wangi.Jangan harap lepas kahwin.Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan masa bercinta.Perangai jauh beza,macam langit dengan bumi.Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,tak kisah pun tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit,dah kena tengking dan maki hamun.Jadi perwatakan dalam masa bercinta tak boleh dipercayai kerana segalanya adalah bersifat HIPOKRIT!

 Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti…
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?Kebahagiaan adalah milik Allah kpada hamba dua-Nya yang taat sahaja!Ia bukan ciptaan manusia,manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah yang akan menganugerahnya.Bagaimana hendak mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan untuk mencapainya tak diredhai Allah!

Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.Sudah tentu prosesnya bukan dengan bercinta begini.Cinta yang diredhai Allah adalah cinta berkahwin.Bagaimana hendak mendapat keluarga yang bahagia jika langkah permulaan sudah pun terpesong,apatah lagi kesudahannya?

 Tanya sikit…Adik angkat,abang angkat,kakak angkat boleh ke???Ganti bercinta…
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama.Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya nampak berlainan,tetapi isinya adalah sama.Adik angkat,abang angkat,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dengan budaya angkat yang berlainan jenis ini sebenarnya telah pun masuk dalam perangkap syaitan.Kadang-kadang yang sama jenis pun ada juga.Segalanya cuma menunggu masa untuk dikorbankan…Namakan apa nama sekalipun,semuanya adalah sama.Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina!

 Jadi,orang yang bercinta itu seolah-olah telah hilang maruah diri???
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia,tetapi oleh pencipta manusia.Sebab ukuran manusia sering berbezadua.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tak akan menjejaskan apa-apa maruah dirinya.Manakala,bagi orang yang menjaga dirinya tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tak bermaruah lagi.Cintanya diberikan kpada orang yang belum layak menerima cinta lagi.Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak,adalah ditentukan oleh Allah.

 Adakah orang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya.Orang yang bercinta seolah-olah cuba untuk menggadai maruah kerana mereka menghampiri penzinaan,manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak kahwin,melainkan dengan orang yang pernah berzina juga!Mereka tidak layak kahwin kecuali dengan orang yang beriman.

Firman-Nya: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan itu terlarang kpada orang-orang yang beriman”.[An Nur:3].

Jadi,orang yang pernah bercinta juga tak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tak pernah bercinta.Tidakkah itu satu penghinaan dari Tuhan?

 Kalau macam tu,orang yang bercinta hanya berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Seperti mana firman Allah: “Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat,lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik”.[An-Nur:26].

 Kami telah berjanji sehidup semati …
Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?Lelaki jangan diharap pada janji lelaki.Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.Habis madu,sepah dibuang.Pepatah itu sering diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

 Bagaimana pula kalau bagi yang sudah bertunang,kan dah ada ikatan perkahwinan?
Betunang hanyalah satu ikatan perhubungan sebelum berkahwin,tetapi kamu tetap tidak boleh berkelakuan seperti orang yang sudah berkahwin,Baru sehari bertunang,sudah buat macam suami isteri.Pergi mana-mana sama-sama,kuliah sama-sama,balik pun sama-sama.Dikuatiri nanti,belum akad nikah dah jadi macam-macam.Islam telah pun memberi garis panduan dalam segala perkara.Bagi pasangan yang sudah bertunang pun hanya boleh berjumpa jika ada urusan penting dan hanya dibenarkan jika DITEMANI oleh mahramnya sahaja.

 Tapi si dia ni lain dari yang lain…Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab…
Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki,apabila ingin mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya,dia akan memilih wanita yang baik.Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu perkara yang menguntungkan.Itulah rahsia lelaki yang suka bercouple sebelum berkahwin.

 Jadi,perempuan yang bercinta,jatuh pandangannya pada lelaki?
Sudah tentu.Mana ada orang lelaki dan normal suka pada barang ‘second hand’,sedangkan barang yang baru masih ada.Sesetengah dari mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja,display only.Tapi boleh test drive.Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,jadi bawalah ke hulu dan ke hilir.Sedihkan,itulah hakikatnya.

 Tapi masih adakah orang yang tak bercinta dalam hidup ini?
Ya,masih ada orang yang suci dalam debu.Golongan ini akn sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil.Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya.Firman Allah:“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari penzinaan),Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.[Al-Ahzab:35].

 Bagaimana dengan kami?
Kamu masih ada peluang,bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Firman Allah :

“Wahai orangdua yang beriman,bertaubatlah kamu kpada Allah dengan taubat nasuha,mudah-mudahan tuhanmu akan mengampunkan dosa-dosa kamu”.
[At-Tahrim:8].




Taubat memenuhi 3 syarat iaitu ;

1. Tinggalkanlah segala p’buatan ma’siat.Putuskan atau clashkan hubungan cinta yang tak diredhai Allah Ini.
2. Menyesal,insafi diri diatas tindak tanduk hidup yang mendorongkan diri kepada pencintaan.
3. Berazam dan bertekad di dalam hati supaya tidak bercinta lagi dengan sesiapa pun kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya selepas ijab qabul.

 ”Ya Allah,hambamu ini telah tersesat jalan.Ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini.sesungguhnya Engkaulah Maha pengampun dan penerima taubat.Berilah kekuatan kapadaku untuk menghadapi mehnah dan godaan usia remaja dan belum layak untuk berkahwin ini.Anugerahkanlah kpadaku perasaan benci kepada ma’siat dan kemungkaran.Hiasilah diriku ini dengan akhlak yang mulia.Ibu dan ayah,anakmu ini telah berdosa.Engkau telah menjaga diriku dan mengasihiku dengan kasih sayang,mengapa aku curahkan kasih sayang itu kepada orang lain.Amin Ya Allah”.

Moga Allah menerima taubatmu….

• Sabda Nabi s.a.w :“Setiap dari kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan”.Maka sahabat bertanya:“Siapakah yang enggan itu?Maka jawab baginda : “Sesiapa yang TAAT kepada aku maka sesungguhnya maka dia akan masuk ke syurga,dan sesiapa yang telah MENDERHAKAI aku maka dia adalah orang yang enggan”.
[Tirmidzi dan Abu Daud]

Kesimpulannya,marilah kita mengubah sikap kita dari yang tidak baik kpada baik,yang baik kpada lebih baik.Jangan terlalu cepat menolak kebenaran disebabkan keEGOAN dan sifat TAKABBUR yang ada dalam hati.

• Firman Allah s.w.t: “Barangsiapa yang menentang rasul setelah jelas kepadanya kebenaran petunjuk dan mengikut bukan jalan orang-orang yang beriman,maka kami akan membiarkannya berleluasa dengan kesesatan yang dipilihnya itu.Dan pada hari akhirat,kami akan memasukkanya ke dalam neraka jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.(An Nisaa’:115)

Jauhkan tabiat suka menyembunyikan dan menghalang perkara yang benar,kerana itu adalah sifat orang-orang MUNAFIQ dan FASIQ!

• Firman-Nya lagi: “Orang-orang MUNAFIQ lelaki dan perempuan itu sebahagian dari kalangan mereka MENYURUH kepad perkara yang MUNGKAR dan MENGHALANG kepada perkara KEBAIKAN dan megenggam tangan-tangan mereka (bakhil).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang MUNAFIQ itulah orang-orang yang FASIQ!”.[At-Taubah:67].
• Sabda Nabi s.w.t : “Barangsiapa yang menyembunyikan sesuatu ilmu yang dengannya Allah dapat memberi manfaat kepad manusia,maka Allah akan membelenggunya pada hari qiamat dengan belenggu dari neraka”.[Tirmidzi].

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PEMUDA DANPEMUDI,SEJAUH MANA PENGHAYATAN KITA TERHADAP BERIMAN KEPADA ALLAH,RASUL DAN AL~QURAN!!!!!




Comments

Popular Posts