The Answer For: "Atie,bila fly?" is no longer available.

Bismillahirrahmanirrahim.

Title summarized the things I want to vomit in this entry. Heee;)
Cambridge A Levels' result had been released last Wednesday, 21st of January 2008.
A failure which I never expected to face. Haha, adeke orang yg expect to fail anyway?.

Kisah semasa nak check result:
Sehari sebelum result keluar, aku n Mama dah berada di Kuala Perlis, Mama ada meeting sambil bercuti. So aku pun ikut. Pertama kali menaiki Air Asia. Tak best,hakz. Setibanya di Kuala Perlis, aku n Mama terus gerak ke Langkawi Island, as we had nothing to do that day. Acknowledged that baggage in Langkawi muraaahh. So we saw this one bag, 30inches, damn cheap!.RM90 only..Aku:result x keluar lagi Mama, so its up to u, sbb Atie xberani nak ckp apa-apa now.
Mama: Mama nak call ayah la....
Then Ayah pun ckp, beli jela..bukan mahal sangat pun.

Keesokan hari,21st January tu, pagi-pagi lagi dah duk kat lobby hotel sbb nak online check result. Login, login, login, x dapat!.Dah menggigil sikit la, x rasa cm xtaw rase ape masa tu.haha. Then dah beratus kali tried, n xdapat, aku pun terus call college..niatnye nak tny username n password aku, nk make sure yg diorang dah bagi tu betul..tapi unexpectedly die btaw terus result aku!.Mathematics A, Accounting B, Economics C.

WHAT??????!!!

Waktu tu aku sedang berjalan kat kaki lima kedai berhampiran hotel. Aku terduduk(tercangkung sebenarnye) kt situ jugak. Luckily aku pakai shades that time, aku mmg terkejut amat. Xdapat nak rase ape2 sebab otak aku macam dah JAMMED.
Apa aku nak buat ni?. Betulke apa yg aku dengar?.

Aku terus call my friend di Sunway College, tanya result dia macam mana. Alhamdulillah, kawan-kawan di Sunway ada more than 10 peeps yg buat A Levels. Ade 2 org kot at least yg xlepas jugak mcm aku.Tapi kawan yg aku call tu lepas, dia pandai, dapat 3As.

Aku terus letak phone.
Balik ke hotel, try login lagi..xdapat jugak!.Aku xpuas hati..aku call college semula. Kali ni aku mintak username n password yg betul. Login, dapat. Tengok sendiri result..ye, memang itulah result aku.

Please be noticed that minimun requirement set by Petronas is 3Bs.

Aku call kawan aku yg sekolej dengan aku di Taylors. Dia belum dapat login. And dia dah sangat takut. Aku btaw yg aku x lepas. Tetibe aku teringat beg yg Mama dah beli semalam..aku terus menangis. Airmata pertama jatuh waktu tu.
Lepas tu aku terus call Petronas officer,En Zafril. Aku btaw aku x lepas. Dia xpercaya. Aku yakinkan dia, memang aku xlepas..Dia macam x nak percaya, tapi dia terpaksa percaya. Aku terpaksa sembunyikan tangisan waktu tu, control cool..haha.

Aku sebenarnye belum puas hati. Tak mungkin aku gagal. Allah tak pernah uji aku dengan kegagalan sehebat ni. Requirement university di Aussie aku lepas, cuma the matter now is Petronas punya requirement. Aku terfikirkan untuk remark the paper. Takpelah bayar 50paun equivalent to RM300 lebihkurang, pun aku sanggup.

Fikiran bercelaru sangat masa tu. Hati aku tak tenang. Aku call Mama, btaw result, dengan MALU yang teramat sangat. Aku sebenarnya SANGAT MALU dengan kawan2 sekolej, keluarga, adik2, sbb aku tahu mereka ni ada high expectation kt aku. Aku sendiri tak pernah expect untuk mengalami benda ni.

Dengan hati yg sedih, aku buat solat syukur. Aku tetap syukur atas keputusan yg Allah bagi.. Aku redha, walaupun aku sebenarnye cemburu dengan sahabat2 lain yg berjaya untuk ke Aussie. Terlintas di hati, kalaulah aku JPA student, mesti JPA akan consider untuk benarkan aku fly, sbb aku hanya kurang 1point je dari minimum requirement.

Astaghfirullah, xbaik..x patut aku fikir mcm tu.
Dan tak patut aku rasa malu dengan rezeki Allah yg sedikit.
Teringat satu mafhum hadith Rasulullah saw:
"Sesiapa yg rela dengan rezeki Allah yg sedikit, Allah akan rela dengan amalnya yg sedikit"




Aku redha, dan aku btaw Allah, izinkan aku menangisi kegagalan ini untuk satu hari, sebab esok aku akan mulakan hari baru dengan perancangan hidup yg baru. Sebab sebelum ni aku dah merancang macam-macam untuk kehidupan aku sebagai seorang pelajar di Aussie nnt. Terbuktilah, benar ayat Allah, Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Aku dapat rasakan, Allah ada sediakan sesuatu yg lebih berharga untuk aku di masa hadapan. Aku dah merasakan banyak kali jatuh bangun dalam hidup, so kali ni aku faham dengan Qadha' dan Qadar Allah. Imanlah yang memujuk hati aku yg sebenarnya sangat susah untuk menerima kenyataan yg aku x akan dapat sambung belajar di Aussie.


Aku masih bersyukur dengan satu nikmat terbesar yg bukan semua orang akan dapat menikmati apa yang Allah dah hadiahkan pada aku. Azam aku, aku akan lebih serius dalam menjaga hafazan. Aku akan berikan lebih fokus pada alQuran and diri sendiri.

Anyhow, I beg all of u, readers, tolong doakan aku, aku masih berharap untuk menyambung pengajianku di Australia bersama sahabat2 lain. InsyaAllah, kalau masih ada rezeki untuk aku bersama mereka, aku harapkan semoga keputusan aku akan dapat dinaikkan dari C ke B untuk subjek Economics after remarking the paper soon.

Tapi, if memang Allah dah tetapkan yg terbaik utk aku belajar di Malaysia, aku akan tetap menggunakan setiap peluang yg ada untuk memajukan diri, and even lebih maju dari overseas graduates. InsyaAllah, segalanya adalah kehendak Allah.

As a slave of Allah, I will accept anything He's fated for me.

p/s: Thanx a lottsss for all my friends and families who are always supporting me. Trust me, I'm fine. Theres no such thing as 'hard times' or anything, as I've accepted it positively. Just pray for the best of mine;)
I love all of u;)

Allahua'lam.

Comments

.:dyla lokman:. said…
salam k.atie dear,
saya akan always doakan kejayaan k.atie walau k.atie blaja kat mana2 pun. and good luck for remarking result! hope you will gain what you've been wishing for.insyaAllah.

may Allah bless you always.
suehanna said…
atie, sabar ye? insyaAllah, kalau ade tu, ade la. redha. (: i will always pray for you. in fact, i taw macam mane feeling x dpt tu. i ade kat tmpat mcm tu dulu. ok?
take care atie.

lots of love.
Anonymous said…
salam atie
stp perkara tu ada hikmah yg tersembunyi.
mgkin kte x nmpak lg skrg ni.
Mana tau Allah nk bg sesuatu yg lebih berharga.
Jgnla ckp "kalau", bahya perkataan tu, leh bwk syirik nauzubillah.
X yah la malu dgn manusia.
Ko fail dkt mata manusia tp dcc Allah iAllah MUMTAZ.
Dan jgn lupa bersyukur dgn result yg dpt tu sbb Allah ckp "la in syakartum la aziidannakum, wa la in kafartum inna 3zaabi la syadiid"

neway, all the best for the remarking.
iAllah rabbina najjahti
Anonymous said…
aty darling,i'l pray the very best for u ok.i'l pray that u'l get b after remarking dear.i know ure really strong n u'l be able to face this!.Allah wont test u this way if He knows u cant handle it.so take the greatest care of urself ok sayang.
*hugss*
Salam saudari Mardiati,

Insya ALLAH, sahabat-sahabiah akan terus mendoakan saudari terus diberikan sebaik-baik kurniaan daripada ALLAH s.w.t. Mustahil ALLAH tidak tahu apa yang saudari idam-idamkan dan yang lebih nyata, ALLAH menyediakan sesuatu yang lebih baik. 'Ulama tasawuf mengajarkan qona'ah dan juga sangkaan yang TERbaik kepada ALLAH s.w.t.

Yang lebih pasti, kegagalan akhirat ialah kegagalan yang lebih menakutkan dan penyesalan yang tiada kesudahan.

'Asallah ayyarhamna.

Ikhwan
Ziarah76 said…
bagi orang mukmin, kalau dapat sesuatu perkara/hajat maka dia akan skurang-kurangnya satu kali bersyukur tetapi kalau tak dapat sesuatu perkara/hajat maka dia kena 10 kali ganda bersyukur. ada la hikmahnye tu... dan bagi orang mukmin, Allah sentiasa beri yg terbaik untuk dirinya.
Contohnya, mungkin kalau fly sekarang kapal terbang meletup.. etc. contoh je la kan..
Munsyi said…
Salam..I think the title should be "...not yet available.".u nvr knw until after d remarking,rite.

Allah is testing u with 1 of His many tests in life and I hope u'll be able to face it..u r strong & always be strong..u're gonna be fine,Insya Allah..always "sangka baik dgn Allah"

i wish u all the best in remarking the paper..I'm just ur fellow blog reader,but still, I knw, tht if Allah doesn't give u what u've been wishing for this time,He will give u better things next time..

wassalam

"So,do not become weak nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers" [3:139]
eksp said…
sabar.. dan insya Allah, Allah tahu mana yang terbaik untuk kita... kalau yang terbaik adalah di bumi aussie, Allah akan hantar jugak ke situ walau macamana pun... kalau yang terbaik adalah di tempat lain, kita buat macamana pun, Allah tetap hantar ke situ...

so banyakkan berdoa...

lagipun mana tahu kot petronas release jugak untuk ke aussie walaupun ada 1 c... who knows?
Zayana Yusof said…
"kalau Allah xmakbulkan doa kita sekarang, maksudnya Allah ada yang lebih baik utk kita, insya Allah"

kak atie kuat. kann? :D
Anonymous said…
i'll keep my fingers cross for you:)
Anonymous said…
ameen :) atie..insyaAllah peluang anda maseh cerah.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
pray 4 our success ;)
life has its ups and down but surely it will keep moving on. so board on the wheel and move forward and believe everything you get is always the best
Syed Marwan said…
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyanyangimu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbuklkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
Salam ziarah n juang..
"..boleh jd kamu x suka sesuatu, tetapi ia baik untuk kamu. boleh jd kamu suka sesuatu, tetapi ia tidak baik untuk kamu. maka Allah yang Maha Mengetahui sedangkan kamu xtahu.." al-baqarah:216..

barakallahufiik..hayakillah ya ukht
mayo said…
semoga Allah kuatkan Atie.. Dia tahu mana yang terbaik.. ;)
Anonymous said…
salam wrt.
semoga dapat bersabar byk2..sbb waktu2 macam inilah baru teruji kesabaran seseorang hamba itu..iAllah kak rena dan saya akan senantiasa mendoakan...[raudhah]
Anem Arnamee said…
Salam ziarah:)

sabar yea..
my said…
Ta takhaf wala takzan, Innallaha ma'ana.barakallahufik
aimiimeyk said…
hey you strong girl,,hang in ther okayy..=) insyaAllah ok.
Daffodil said…
salam kak atie dear

win doakan yang terbaik tok akak
amin~

=)
Z said…
sabar Atie, aku pun tengah face benda ni jugak. Sunway yg lepas 9 org, tu pun 3 org pending cos Further Maths maybe considered to be the requirement. Aku tak lepas. Sekarang ni just doakan Petronas place me in a good university here. It's hard to accept, mmg malu lah tapi nak buat macamana kan, Tuhan dah tetapkan semuanya. In the future there might be brighter moments for us. Let's just move on shall we?

Your Groupmate @ STE
Amin Jamil said…
Atie,

To present nice, sweet words are not my expertise.
We are in the same boat, and i bet you are much stronger than me.
We both believe, everything happens with reason, right?
Allah knows what's best for His slave.

Aku doakan kita semua berjaya.
badruddin said…
aywah...

the best is yet to come!
Ladyship Atie said…
Soory terlambat reply comment satu-satu..
I wuz assaulted by business lately..huhu

D-Va aka Raihan,
Thank u so much dear:)
InsyaAllah, tolong doakan untuk remark process,hopefully hasilnya positif...amiin:)

-------------------------

nur Suhana,
Thanx a lot Sue,
InsyaAllah, masih meredhai segala ujian dan nikmat,alhamdulillah..
take care juge;)

----------------------------

mizmanners88 aka Sarah,
Actually aku dapat rasekan mmg sangat besar hikmah yg Allah bagi untuk ujian kali ni,
Cuma masih berikhtiar utk kali terakhir, anela taw Allah nak uji kesungguhan aku pulak kan..
Malu dengan manusia atas kegagalan, itu yg aku rasa pertama kali dapat result, sampai sekarang, rasa malu tu berkurang,alhamdulillah,
Sbb mereka semua sentiasa memberi sokongan..
Thanx all:)
amiin.
------------------------------

Paqin darl,
Thank u so much deary.
Missing my friends at Taylors..
Miss ur hugs too!
ahah.
Please pray for me kay?.
u tcare too.

-----------------------------
Ladyship Atie said…
Salam Ikhwan,

syukran katheer..
Ana doakan nta sentiasa terus bersemangat dalam perjuangan diri dan Islam..
Tolong doakan agar ana sentiasa diberi kekuatan oleh Allah..amiin

--------------------------------
Mutakallim,

Ye, kadang2 benda yg baik tu implicit, kite hanya mampu nampak andai redha dan letakkan seluruh pergantungan kpd Allah swt.kan?.

-------------------------------

Munsyi_Sama,

Hehe,..ye x ye jugak ek?.
em xpela, kire halal la kan title tu..;p

------------------------------

eksp,

sebenarnye mmg masih mengharapkan consideration dr pihak petronas..uhuhu

---------------------------

Yana syg,

hee..x pun sebenarnye, tp selalu doa mintak Allah kuatkan diri n iman;)
InsyaAllah, i can face this..

------------------------------

Wendin,
Thanx a lot..
All the best for u!;)
Ladyship Atie said…
To all other commenters and concerners(erk, broken english!),

Thanx for ur concerns, I appreciate 'em soo much!.
I'll pray the best for u all.
Thank u;)

-----------------------

Z,
Same2 kite kuatkan diri kay?.
InsyaAllah, Allah akan bagi balasan setimpal dengan apa yg kite dah usaha, cume kadang2 kite x nampak sbb Allah je yg Maha Mengetahui..
Redha je:)
Together we strive for our future!hehe

----------------------------

@mIeN,

ya, ure rytee..
InsyaAllah, we both are strong enuf to face this.
So where're u gonna pursue ur degree after this?.
UTP?.
van qif said…
salam...

harap sabar menghadapi ujian ALLAH...

maaf mahgrib dah dokat nie, x dapat beri ayat2 miotivasi yg panjang...c ya...

adioss
::iffahidris:: said…
atiedear,
InsyaAllah you'll be okay given the time.
ape2 pon, mesti ada hikmah kan.
and just ingat,its not the end of the world.
when He puts you to it, He'll get you through it.
there will be better moments for you sooner or later.
and i also believe such tests will make you stronger.tc atie.
chentatiku said…
la tahzan..innaAllaha ma'ak...

ingat ni semua ujian n ni jugak adalah tarbiyyah direct dr Allah.

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

ol d best 4 d remarking...

usaha+doa+tawakal+redho....

sayang atie fillah...
salam..
k.atie,laili dh tau,faiz gtau..
tu yg da bg msg kt k.atie tu..
huhu..
nway,ALLAH tau pe yg trbaek untuk kita..
hikmah ALLAH tu indah..
manusia mrancang dgn cita2,tp ALLAH mrncang dgn cintaNYA =)
Anonymous said…
salam 3laik

humm.terus tabah ok.
teruskan bisnes juga (kalau takada lg, cepat2 mulakan, menarik)

dan juga, jangan risau, belajar kt m'sia ni tak kurang hebatnya, msih byk perkara yg boleh dbuat. insyaAllah

terus tabah ~

salam
nurulhani_90 said…
Dear Kak Atie,
"kdg2 Allah hilangkan skjap
matahari..kemudian dia dtgkan guruh & langit..
kte tercari2 mne matahari kte..rp2nye Dia nk hadiahkan pelangi yg indah.."
sesungguhnye setiap yg berlaku ade hikmahnye...
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : " Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!
~salam sayang buat ikhwan yg mencintaiNya...~

Popular Posts