Mengidam Semasa Mengandung: Kehendak Ibu Atau Si Anak?

Bismillahirrahmanirrahim

gambar hiasan

Alhamdulillah, aku dah selesai jawab 3 paper. Ade lagi satu paper last Isnin ni inshaAllah. Ade 10 topik, aku baru habis study 3 topics muahahahh. Mane taknye. Sekarang ni aku kejap-kejap pergi dapur, kejap-kejap pergi bukak pintu fridge, kejap-kejap pergi goncang botol shake. Serious lapar gile beb. Mane taknye, sekarang ni baby dalam perut dah makin membesar, of course lah die perlulan banyak nutrients kan? Alhamdulillah baby dah cukup 4 bulan. Kejap je kan masa berlalu? Kitorang kahwin pun baru 4 bulan 10 hari lebih kurang. Muahahahah aku bunting pelamin ke ape ni? =p

Sekarang setiap kali aku tengok cermin, aku senyum =) Walaupun hakikatnya kulit muka aku makin hodoh dek jerawat yg keluar tak menentu sepanjang mengandung ni, aku tetap tersenyum, Hihi. sebab aku pandang perut aku. Makin hari perut aku makin kembung! Hewhew. Faham tak perasaan tu? Korang kena mengandung dulu baru boleh faham. Hewhew =p


Ok. Kembali pada topik.

Aku & Mengidam
So far aku takde mengidam sangat pun, cuma beza selera tekak aku sekarang berbanding dulu ialah, aku rasa semua benda yg dahulunya sangat sedap, sekarang dah tak sedap. Seriously. Contohnye ayam penyet, aku dulu memang tak pernah nampak keburukan Ayam Penyet AP atau Ayam Penyet Ria. Tapi sekarang ade je something wrong somewhere setiap kali aku makan ayam penyet ni.

And ade jugak makanan yang sebelum ni aku tak pernah hargai, aku tak pernah rasa sedap, tapi sekarang aku rasa sedap. Contoh terbaik: Laksa. Especially Laksa yg Mama masak. Mama memang kalau ada special events kt rumah, antara special menu yg famous, mesti laksa. And dulu, setiap kali Mama masak laksa, aku orang pertama yg akan buat Mama kecik hati. Sebab? Setiap kali Mama masak laksa, aku tak makan pun, atau aku cuma suap sesudu laksa untuk rasa je. And ended up, aku akan masak nasi untuk diri sendiri, and goreng telur, then makan dengan kicap. But few days back, masa raya Haji kat rumah mentua, Ibu (mak mentua aku) cakap dia pergi makan laksa kat rumah kawan dia. Aku terus teringin! Petang tu balik rumah Mama kt Melaka, kebetulan Mama masak laksaaa!!! Happyyyyyy sangat2! Mama masak laksa sebab keesokan hari tu ada family function kt rumah. Memang rezeki aku hewheew.


VS


Waktu mengandung ni jugak, aku memang kurang happy bila makan makanan yg kurang pedas. Macam tak boleh nak telan langsung. Tp terpaksa kawal la jugak kan, sebab tak elok makan pedas2 sangat ni. 

Antara benda lain, aku sangat suke makan jambu batu. Setiap kali on the way from rumah ke kelas (Bangi - Sunway), abang akan berhenti kat RnR Serdang untuk belikan aku buah jambu batu heheh.

And aku selaluuuu sangat teringin nak makan nasi lemak. And almost everyday aku akan makan nasi lemak utk sarapan lepas aku minum Herbalife shake. 

Now comes to the question. Mengidam ni angkara si ibu atau si anak?
Hakikatnya, none of both is to be blamed. Huhu. Salahkan hormon. Aku jumpe input ni: 

Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau 
melegakan alahan.

Memang betul pun, disebabkan hormon lah aku terpaksa bersusah payah menghilangkan parut-parut jerawat kat muka aku ni. Disebabkan hormon jugak, aku selalu je rasa nak marah-marah. Disebabkan hormon, aku memang selalu cakap abang busuk. Hahah. Aku suka bau abang masa tidur malam je. Aku suka peluk abang heheh.

Sama ke mengidam masa mengandung dengan mengidam waktu bukan mengandung?
Aku pun tak pasti. sebab aku bukan jenis yg selalu mengidam masa dulu-dulu. Hahah. Aku ni jenis cerewet gila bab makanan. Aku ada attitide 'dogmatism' in which aku memang takkan makan makanan yg aku tak pernah rasa or makanan yg memang dalam mindset aku 'tak sedap' atau 'pelik'. 

Herbalife shake tetap aku takkan tinggalkan walau macam mana loya pun tekak aku, sebab I want to provide the best for my baby inshaAllah =) Kepada ibu-ibu, isteri, dan suami kat luar sana, kalau nak the best for ur family, aku sangat-sangat sarankan Herbalife. Seriously. Sincere from the bottom of my heart.

Comments

Z said…
Atie! Penah baca tak, yg mengidam ni sbb badan kite lack of certain nutrition, eg. iron. Then kite mgidam nk mkn irony stuffs mcm kerang or hati. Oh anyway kirim slm kat baby comeyy, miss mama baby very much tau!

Popular Posts