Kenapa Perempuan Pakai Baju Ketat?

Bismillahirrahmanirrahim

Hai kawan-kawan! Sahur apa pagi tadi? Me and my whole family were having our 1-2-3 Herbalife for our sahur. Aku and adik aku Linda je yang ade add-on menu, which is nasi+ayam masak kicap =D

Tetiba tadi after sahur masa susukan Yassir, aku teringat kisah dulu. Heheh. Terbayang-bayang diri sendiri. Allah. Hodohnya aku dulu. sebab TAK TUTUP AURAT. Alhamdulillah Allah letakkan aku di Darul Quran. Being there for 1.5 years, made me realize that women are all PRECIOUS. Setiap inci badan kita ni sangat mahal, that's why Allah suruh kita cover up the whole body. Hujah tentang aurat wanita:

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
 Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 


Siapa kat sini perempuan, sila baca bismillah sebelum teruskan bacaan. Semoga Allah pegang hati kita semua untuk terima nasihat dan perform our best as hamba Allah kat muka bumi ni. Ameen. If in the end there is any of you yg tak boleh terima, no worries. Im just sharing :)

Kenapa dulu kalau setiap kali nak keluar rumah, aku mesti nak cari blouse and jeans yang betul2 ikut cutting badan aku? 
--> sebab aku rasa badan aku slim, and people should be attracted and look up on me. That's where I gain my confidence.

Bila pakai tudung, aku akan kemaskan tudung aku, and adjust sampai paras atas dada. I felt great.
--> sebab that's how youngsters wear, and tak delah nampak alim. At least orang tak takut nak dekat.

Blouse aku mesti paras punggung atau lebih singkat. If it's labuh pun, aku suka yang ketat.
--> Baru nampak bentuk '8' badan aku. trendy kannn. 

Aku dah lalui dah perasaan macam ni. DULU. Perasaan yang dikawal oleh nafsu dan ditokok tambah oleh iblis. Na'uzubillah min zalik.

Alhamdulillah, sekarang walaupun sometimes aku terlalai dalam menjaga aurat, tapi the effort that I put to perform my best in covering my aurat is really giving me impact in life. I feel closer to Allah. I am happier and calmer. Kurang rasa malu untuk berdoa kat Allah. And the best part is, I feel soooo Ladyship hahaha.

Aku nasihatkan, to Herbalifers, if you have to create your testimonial picture, please need not trouble yourself utk beria-ia cari baju fit. It's enough to have ur picture with whatever dress u're in as long as u're nicely covered in it. What really matters is actually the point that u jot down in the picture. Jangan takut dgn pandangan manusia, because when our relationship dengan Allah baik, inshaAllah banyak urusan dunia akan dipermudahkan, termasuklah hubungan dengan manusia. Nak ajak orang consume Herbalife pun jadi senang sebab Allah tolong pegang hati dia untuk terima dakwah nutrisi kita :')
Seronok kan bila Allah jadi teman kita sentiasa?

Aku just guna testimonial picture aku yang ni je:



And with these pictures, I am able to stay and MAKE PROGRESS in my Herbalife business in 2 years. Tak ada masalah pun :) heheh. Yang penting adalah NIAT kita. Bukan untuk menjual because we are not a salesman. But NIAT untuk bantu orang jadi sihat. Kerana Allah. Feel great like how we do. Thats all.

Percayalah, you can never imagine the feeling of being so close to Allah until u put effort to be the best slave in front of HIM. Saat aku tulis ayat ni bergenang air mata aku, betul-betul terasa sebak sebab aku dah alami proses transformasi dalam proses mencari redha Allah sepanjang hidup aku 23 tahun ni. Sangat banyak rezeki dan nikmat yang Allah bagi setelah aku berusaha jadi hamba yang baik. The effort is worth it. Pengorbanan untuk berubah itu SANGAT BERBALOI. Just trust me.

Dear ladies, just cover ur aurat. And u'll feel so great!! Semoga berjaya dalam perjalanan mencari redha ALlah. All the best ladies! :)

Comments

Anonymous said…
suka sangat bila STS hari tu dimulakan dengan Alfatihah!
Anonymous said…
best sgt memberansangkan, :) mohon share kate2 akak yg best best tu eh :)

Popular Posts