Kelahiran Muhammad Yassir bin Yussamir

Bismillahirrahmanirrahim


WAKE UP LADYSHIP ATIE!!!!!!!!
Bhahahah. After 2 weeks aku memencilkan diri dalam duniaku sendiri kerana dalam proses mengadaptasikan diri dalam dunia anak lelakiku, Muhammad Yassir bin Yussamir :')

Sebenarnya dah lama sangat teringin nak update blog. Tapi keadaan diri aku yang tak mengizinkan. Alhamdulillah, harini dah 8 hari selepas melahirkan Muhammad Yassir, aku dah 50% pulih :)

2 minggu sebelum bersalin, aku memang dah tak sabar sebenarnya. Kononnya, aku nak bersalin cepat sebab dah tak tahan dengan sakit2 yg aku alami masa minggu2 akhir mengandung. KONON lah kan. Hewhew. Yes, aku memang jenis yg tak tahan sakit. Aku pun jarang demam, so bila kadang2 tu demam, aku rasa horrible sangat2. Ha, sakit contraction waktu mengandung dah tentu2 lah aku rasa jauh lagi sakit berbanding demam. Hari2 aku rasa mcm 'oh mesti harini nak bersalin dah ni' tapi tup2 bangun tidur, perut aku still besar, baby still kicking happily kat dalam tummy. Bhahah.

Due date sepatutnya 22 April, tapi last checkup gynae aku cakap, 'saya ada instinct yg saya akan jumpe awak sebelum tarikh ni'. Aku pun jadi excited! YES! Aku akan bersalin cepat!
So, berpegang pd kata2 gynae aku tu, 8/4 (Ahad) aku dah desak abang utk bawak jugak aku gi labor room, sebab aku ada rasa sakit perut (sikit je pun padahal). End up, nothing pun,hahahah. Membazir duit je kan, Dah la private hospital, tak pasal2 keluar duit kt situ huhu. Aku rasa nurses kt situ pun nak gelakkan aku sebab ngade2 je dtg padahal vagina tak terbukak langsung pun =p

So aku duduk rumah diam2 je. Dah sarat sangat, jalan pun mcm penguin+siput babi. Huhu. 14 April (Sabtu pagi) abang dan adik2 aku bersama kawan2 aku (downline kami) gerak ke PD utk ZERO TO HERO. Aku dah beli tiket, tp aku tak pergi. Tak sedap hati. So aku melambai je diorang, aku salam tangan abang, cium abang and bisikkan pd abang, 'kalau sy nak bersalin abang balik terus taw!'. Abang pun reply: OK. *muka selamba*

Sabtu malam - nothing happened. Bangun pagi ahad: FRUST. hahaha.
Nak dijadikan cerita, Ahad pagi tu, around kul 9.30am baru aku bangun. Aku lepak2 je atas katil sebab perut aku sakit. Kali ni sakit macam kena period pain mcm dulu2 2 tahun lepas before aku jumpa Herbalife. Aku pun sambung baring je. Tengah2 baring tu, sempat Mama pegang2 perut aku sambil usik aku, 'Ni lagi 2 minggu ni baru bersalin'. Sabar je lah hahah.

Tiba-tiba, aku rasa ada air mengalir. Aku tengok cadar aku basah sikit. Aku pelik, so aku tny Mama: "Ma, air ketuban tu kalau pecah memang sebaldi or sikit2?" Mama cakap: Dia mengalir je..

There u go! Hahah. Aku pun cepat2 bagitau Mama yg ada air mengalir. Mama tak percaya mulanya. Pastu aku tunjuk bukti kt katil aku, baru Mama percaya. Tapi Mama kata, tunggu jap, Mama nak gi pasar jap dengan ayah. Atie gi siap2 nanti Mama balik kita gi hospital.

KORANG BOLEH BAYANG TAK PERASAAN AKU WAKTU TU?
Dah la first time, pastu selamba je Mama gi pasar. Aku tengok kt TV sume bile air ketuban pecah kelam kabut rush gi hospital. Mama rilek je. Hahaha. So aku pun siap2, call abang suruh balik, pastu tengok TV sambil tunggu Mama n Ayah.

Tak lama lepas aku sampai kt labor room, abang pun sampai. Busu pun ade :) aku pun happy2 je buat ctg, cek jantung baby.


Time tu gynae cakap dah terbukak 2cm. Ok aku cool je la sbb xde rase pape. So die masukkan aku air ape entah utk induce contraction bagi pintu tu terbukak. So right after that, memang aku mula rasa sakit tu. Sakit weyh. PLUS aku di'mamai'kan oleh Dr Hanisah, gynae aku tu. Die inject ubat tahan sakit kat bontot, and die bagi aku pakai gas. Memang aku separa sedar. Sakit tak menahan. Abang sentiasa ada kt sebelah aku time tu. Yg aku perasan, ade gak Mama take charge time abang g solat.

Masuk labor room around pukul 10.30, aku mula push2 pukul 7 lebih. Boleh bayangkan x bape lame aku taha sakit dalam labor room tu? Allah je yg taw rasa sakit tu cmane. Abang je yg nampak keadaan aku berjam2 dalam labor room tu.

Waktu sesi push mengepush tu, aku baru faham erti pengorbanan seorang ibu yg orang duk sebut2 selama ni. Seriously, kita xkan dpt faham and appreciate pengorbanan ibu kite until we become a mother of someone.

Memang bertarung dengan nyawa lah. Habis tenaga aku seluruh jiwa raga kuserahkan dalam labor room tu. Tak boleh nk describe dengan kata2. Kalau korang eager nak taw cmane rasa sakit tu, kena rasa sendiri hahah. Dr Hanisah yg sebenanye sangat lembut tu boleh bertukar jadi garang mcm singa masa nk suh aku push tu. Die marah2 aku, sebab aku tak push sampai habis. Yg ada dalam labor room time tu : Dr Hanisah, 2 org nurse, and abang. Sume org jerit 'PUSH!!PUSH!!PUSHHHHHH!!'  so aku yg mamai2 tu rasa naik semangat seolah2 ada pasukan cheerleaders yg support aku hahahah. Lagi kuat diorang jerit, lagi kuat aku push. Thanks kt diorang sbb jerit2 kt aku. Hahah.

Si suami memang tak rasa sakit bersalin, tapi kehadiran suami dalam sepanjang tempoh mengandung, sehingga minit melahirkan, sememangnya sangat bermakna. Thank you so much abang for being there for me :') Sepanjang aku mengandung abang lah yg jaga aku dari semua aspek, makan minum, baju2 aku pun selalu abang jugak ironkan. Waktu bersalin, abang jugak yg ada di sisi. So kepada suami2 kt luar sana, hargailah isteri anda, peliharalah dia sebaik mungkin sebab jasa anda akan disematkan dalam jiwa isteri kalian :) I love u so much abang :')

15 April 2012, 7:54 malam,
Alhamdulillah lahirnya seorang mujahid Islam, Muhammad Yassir bin Yussamir di Pantai Medical Center, Melaka. Penyejuk hati Mama dan Papa, alhamdulillah lahir dalam keadaan sempurna kesihatan, sempurna sifat. Comel sungguh anak Mama :') Gambar? Heheh. InshaAllah akan di upload bile tiba masanya, sebab suami sy tak izinkan sebarang gambar Yassir di upload di ruang maya untuk elakkan penyakit al-Ain. So kalau nk tengok baby, kena datang Melaka ziarah heheh. Tak rugi, ni bakan al-hafiz jutawan dunia dan akhirat inshaAllah :)

Nama Muhammad Yassir aku pilih dengan abang, sebab aku memang berangan nak ada 6 orang anak, and hari2 aku doa kt Allah, supaya yg sulung adalah lelaki, 2nd perempuan, 3rd lelaki, 4th perempuan, selang seli sampai anak yg ke6 hewhew. Sebab aku nak anak sulung aku menjadi pelapis sebagai ketua keluarga kelak inshaAllah, yg memudahkan Mama Papa dalam segala urusan, sebab tu facebook abang dah siap tukar awal2: Abu Yassir Yussamir Yusof. Heheh biaselah, anak pertama, excited terlebih bagi nama before lahir hahah.

ready to go home :)

16 April 3pm aku dan Muhammad Yassir dibenarkan pulang alhamdulillah. Bermulalah kehidupan kami sebagai sebuah keluarga. Insan baru, rutin baru, aku sambung cerita dalam entry lain k. Tolong sama2 doakan Muhammad Yassir menjadi seorang anak soleh, hamba Allah yg beriman dan bertaqwa, seorang penghafaz al-Quran, dan seorang yg kaya dan dermawan supaya dapat bermanfaat kepada seluruh dunia dan akhirat, sesuai dengan maksud namanya, Yassir, yg memudahkan, yg bermanfaat :')

Alhamdulillah :')


Comments

Yobo Family said…
Aminnnnn......
Alhamdulillah. Mujahid solihin dah lahir..hurray! Aunty Sarah mahu datang kasik kish...weeeeee!!
NSAB said…
tahniah kak atie, ni baby herbalife ~ huhu

Popular Posts