Lembabnya aku!

Tiba-tiba teringatkan satu incident ni..
Sewaktu di puduraya, aku sedang menunggu bus Transnasional ke Melaka.
Waktu tepatnya ia bertolak adalah 12 p.m, tapi aku sampai lebih kurang pukul 11.15am.
Makanya, terpaksalah aku menghabiskan masaku di stesen bus yang penuh sesak itu.
Bukan membaca, bukan mengulang alQuran, tapi aku memilih untuk meliarkan mata ke sekeliling, menyaksikan gelagat orang ramai yang pelbagai.
Bukan untuk mengotorkan mata, tapi sebagai satu wadah untukku bermuhasabah, menilai diri ini, menganalisa kedudukan Islam dalam diri setiap penganut agama Allah ini dikala arus kemodenan membanjiri dunia, negara Malaysia khususnya.

Sedang kepala giat berfikir, mata galak memerhati, tiba-tiba anak mataku ini terhala ke satu sudut di mana seorang lelaki buta sedang berjalan sambil tangannya meraba-raba mencari arah tuju. Nak dijadikan cerita, merujuk kepada tajuk post ini, memang, aku lembab! Orang buta itu tadi, sedang dalam kesibukannya meraba-raba, tiba-tiba kepalanya terhantuk di dinding! Ye, aku terkejut, dan aku terus menangis. ye, aku menangis..betul, tak tipu! tapi..hah..tak guna la menangis air mata darah pun. aku langsung tak berganjak dari tempat dudukku. aku tak bertindak pun. aku cuma mampu menangis, melihat, dan..diam! Kenape ye, aku x terus bangun? Bongkaknye lah hai aku ni.

Kepala aku terus ligat berfikir akan kelembapan aku tadi. Then aku terus pusing
kan kepala, mencari-cari lelaki buta tu tadi. Alhamdulillah, ade sorang perempuan yang tolong iring lelaki buta tu. Jealousnya!! Itula, padan muka kau Atie.
Hmm..

You May Lose, But You Do Not Lose The Lesson!

Comments

Anonymous said…
keberanian mbuat kebaikan tu LEBIH PATOT drp kberanian mcegah kjahatan.. dapatkn pngajaran ye?

-n_n-
Ladyship Atie said…
ye..insyaallah.mungkin disebabkan berlainan jantina antara saya dan si buta, membuatkan saya teragak-agak untuk bangun dan bertindak. what a silly thinkning! insyaallah, lesson learnt!=)
syukran~
Ladyship Atie said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts