Khilafah Islamiyah??

Salam aleykum...

Ana tertarik utk mengulas satu persoalan seorang sahabat..

mcmane cara yg terbaik nak tegakkan khilafah Islamiyah?.mula dr diri tiap2 muslim atau berusaha utk dapatkn kuasa politik utk tgkkn hukum ALLAH atau kedua2nya brjln serentak????

Kata seorang sahabat...

terlalu banyak persoalan yang mengaburi pendirian DSAI.

Karpal Singh : Nak pastikan negara Malaysia yang sekular sepenuhnya, nak pastikan PAS tidak menubuhkan negara Islam .("over my dead body" katanya) Baca sajalah kenyataan-kenyataan yang de keluarkan.

Kejayaan sudah pun dijanjikan kepada umat Islam. Tetapi mengapa kita tidak masih menang-menang?

Umat Islam masih belum layak untuk diberi kemenangan.Dengan politik Islam dapat disebarkan atau dengan penyebaran Islam, Islam dapat menguasai politik? (lihat sirah rasulullah di awal penyebaran Islam - Lihat bagaimana cara Islam menguasai dunia daripada minoriti kepada majoriti)Adakah masyarakat Malaysia MAJORITINYA sudah bersedia untuk menerima hukum Allah sepenuhnya? Jika sudah, sudah tentu sudah tentu dengan 60% orang Islam di Malaysia dapat melakukannya. MAJORITINYA belum!

Adakah jika kita terus menerus menyebarkan fahaman politik dengan jayanya, dan apabila Allah menguji kita dengan kekuasaan pemerintahan, rakyat yang mengundi kerana fahaman politik, boleh menerima hukum Allah?

Sebar Islam atau sebar politik? (lihat sirah rasulullah di awal penyebaran Islam - Lihat bagaimana cara Islam menguasai dunia daripada minoriti kepada majoriti)Tidakkah dengan kefahaman Islam rakyat boleh berfikir untuk memilih? (lihat sirah rasulullah di awal penyebaran Islam - Lihat bagaimana cara Islam menguasai dunia daripada minoriti kepada majoriti)Jika kita berada di bawah pemerintahan yang jahil, adakah kita perlu mengutamakan penentangan terhadap pemerintah atau menyebarkan yang baik (Islam)? (lihat sirah rasulullah di awal penyebaran Islam - Lihat bagaimana cara Islam menguasai dunia daripada minoriti kepada majoriti)

Sirah telah membuktikan jalan kemenangan Islam.Semuanya bermula dengan kefahaman Islam dalam diri setiap individu. Jika ini tidak ada, kita hanya membina sebuah bangunan yang lemah asasnya. Belum sempat gemilang sebenar-benarnya sekejap saja boleh runtuh semula.

Semakin hari pemikiran rakyat Malaysia dipesongkan ke arah perpecahan dan berpolitik secara berlebih-lebihan.Perlukah kita bersusah-susah mengejar kekuasaan sedangkan itu janji yang pasti bagi umat yang meletakkan Islam di hati mereka?Letaklah Islam di hati rakyat Malaysia kelak Allah akan bagi kejayaan yang kita impi-impikan.

"Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya.

Namun seperti biasa aku akan menjawab:"Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang LEMAH, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka KOSONG?"Kenapa pemimpin Islam dulu sibuk menyebarkan Islam dan cuba untuk menolak jawatan, tetapi majoriti pemimpin sekarang sibuk inginkan jawatan dan Islam hanyalah sebahagian daripadanya?Macamana kita nak tubuh negara Islam kalau kita cuba bermula dari atas (cari kuasa dulu)?

itu kata dia...

Hmm...ini kata aku..

Bismillahirrahmanirrahim...
Indeed whatever I'm writing here is just gonna be my very own opinion..nothing much, seriously, just an opinion based on what I knew..


betul, he's very correct when he said so..
However, we need to bear in mind that this era ain't the same with Rasulullah's(pbuh) era..

now we're facing kinda different problem of Umat Islam compared to Nabi's time. Ramainya umat Islam yang inginkan tertegaknya Islam, tapi tidak tahu Islam secara detail. Di zaman sekarang, dengan wujudnya terlalu banyak ideologi2 barat, tentangan dan serangan psychology oleh Kafir La'natullah 'alaihim...masih sempatkah kita, jika baru sekarang kita nak merangkak-rangkak dengan target yang terlalu jauh untuk dicapai??

As we knew, there are lots of jema'ah in Malaysia..ABIM,JIM,PAS,ARQAM,TABLIGH,etc...and we absolutely know that, thiese jema'ah do have their own ideology..Each is holding the same 'aqidah and belief...same iman...same target=>tegakkan Islam lillahita'ala..

pada ana, lebih elok lah jika dikatakan sekiranya kesemua jema'ah ini bergabung...menjadi satu jema'ah..biarlah bergerak atas nama atau platform yg berbeza...it doesn't really matter..but each should have compromised and create one particular strategy on how to build Muslim country in Malaysia..

pendapat insan yang lemah...kata-kata yang terbit dari hati dan pemikirang yang terlalu cintakan Islam..
satu jema'ah yang menggunakan strategy khusus mengislahkan individual-individual Muslim di Malaysia..teruskan...

satu jema'ah yang secara umumnya diketahui menyebarkan da'wah through the platform of politics, keep it on..jema'ah yang mane tersusunnya barisan ulama' handal di Malaysia...semestinya di bawah pimpinan mereka, terdapat satu tarbiyah tulus suci lagi murni, menyebarkan kefahaman Islam..menyebarkan Islam dengan satu aqidah yang sama..sama,sekali lagi, ana tegaskan, aqidah yang sama...tak pernah berbeza..

Nothing wrong with involving in politics..because that is the best platform for us to maintain a MUslim country...hatta IKHWANUL MUSLIMIN melibatkan diri mereka dalam politik dan telah pun menang lebih kurang 800 kerusi..tidak syara' kah politik itu?.tidak syara' kah memegang jawatan dalam barisan pimpinan?.Kita perlu setuju, umat Islam di Malaysia ROSAK disebabkan silapnya pemerintahan pemimpin-pimimpin ISLAM DI mALAYSIA ni..

KECUT untuk mengakkan hukum-hukum ALLAH!!sebab apa??sebab mereka pun bersalah pada pandangan ALLAH!! mereka tahu itu!!

as Allah said:
" Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang beriman.Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperolehapa pun dari ALLAH,kecuali kerana menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka.."..ila akhir ayah.

What else we can say??Islam tak boleh involve dalam politik?habis tu, bile tiba sahaja pilihanraya, kita nak goyang kaki, berpeluk tubuh,membiarkan kafir la'natullah mengatur strategi membolot majoriti kerusi, dengan intention untuk menumpaskan ISLAM???!!

Kenapa kita tidak bersatu??UMAT ISLAM!!!!WAKE UP SAUDARAKU!!QIAMAT SUDAH HAMPIR!APA LAGI KITA TUNGGU??ADAKAH KITA NAK JADI MACAM KAFIR JAHILIYAH DULU..?

Dengan bongkaknya kita teruskan angan-angan kita, mengejar duniawi semata-mata...menghabiskan segala ni'mat dunia...walhal kita tahu masanya hampir tiba??

Tengok China...sekelip mata...Allah tarik ni'mat yang dahulu Allah biarkan mereka bersuka ria tanpa mengingat Pencipta..tengok!!sekelip mata sahaja Allah tarik segalanya!!apa yang tinggal??apa?? nak tunggu Malaysia pun ditimpa bala' Allah ke???????na'uzubillah...

afwan...hati ni sememangnya sakit apabila melihat perpecahan umat ISLAM..tatkala melihat sahabat2 dan saudara2 seIslam seperti orang celik,tapi buta, bijak tapi mudah diperkotak-katikkan dan diperbodohkan,dan ade yang macam KATAK BAWAH TEMPURUNG kerana mereka tidak sedar...SAHABAT!!ISLAM DALAM BAHAYA!!SEDARLAH!!!!!!!!!

diri ini sesungguhnya tak mampu nak hadir kepada setiap seorang menerangkan masalah umat Islam..diri ini hanya insan yang lemah tak berdaya...bantulah kami umat ISLAM ya ALLAH...
Kami hanyalah hambaMU yang terlalu lemah, dha'if...tak punya apa2...

Semoga ISLAM bersatu dalam membina negara ISLAM yang kukuh, dengan strategi yg tersusun..
macam Allah firman dalam surah As-Saff;

"Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang berperang di jalanNYA dalam barisan yang teratur, mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.."..ila akhir ayah..

afwan atas kesilapan...indeed these are just my own words..my heart's saying..sesungguhnya Allah's the best knowing..wallahua'lam.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Ni pendapat saya lagi..

Setiap kejadian, ada hikmahnya.
Hikmah wujudnya banyak jemaah adalah apabila satu jemaah tumbang, yang lain boleh menampung. Sudah tentu pemimpin-pemimpin semua jemaah ini tahu apabila umat Islam sudah ramai paham akan Islam dan khilafah boleh dibuat, mereka akan bermesyuarat dan bersatu. Malah metodologi sesetengah jemaah dan jalan yg diikuti adalah sama cuma seperti tadi, satu jemaah adalah menampung jemaah yg lain.
Juga hikmahnya untuk melambatkan serangan yahudi untuk meruntuhkan jemaah-jemaah Islam kerana ia tumbuh seperti cendawan. Sy yakin di hati setiap pemimpin tertinggi jemaah mereka sedar akan kenyataan ini.

Berkenaan politik, sudah tentu tidak boleh dipisahkan dalam keadaan skrg. Orang yang Islam ada di hati mereka perlu mengundi parti yg berlandaskan Islam.

tapi msg sy lebih kepada metodologi yang perlu lebih diutamakan.

Bayangkan jika tidak ada parti politik Islam dan tarbiyyah berjalan, sampai masa apabila jiwa rakyat Malaysia sudah Islam mereka boleh mengadakan muktamar untuk melantik pemimpin dan terus menang dalam semua pilihanraya. tetapi masih tidak relevan jika sy kate tidak perlu parti politik kerana perlunya ada pihak yang mengingatkan kerajaan kita.

Berkenaan Ikhwanul muslimin yang bertanding dan memenangi politik. Kita lihat mengapa mereka menang? Kerana mereka lebih kerap menyebarkan Islam. Mereka jarang sekali bercakap mengenai isu itu dan isu ini. Mereka hanya tarbiyyah orang ramai dan orang ramai dengan sendiri tahu untuk memilih.

Mengapa parti Ikhwanul Muslimin, hamas sangat digeruni yahudi tetapi parti Islam di Malaysia tidak? Kerana Parti IM ingin menggegarkan dunia, parti di Malaysia mungkin hanya ingin sebuah negara kebajikan (setakat ini). Mereka digeruni kerana jiwa pengikut mereka yang kental hasil tarbiyyah berpanjangan. Adakah hamas di palestin cakap isu itu dan isu ini?

Kepercayaan saya mengikuti sunnah itu adalah yang terbaik. Mengapa dulu ketika manusianya sangat jauh lebih jahil daripada skrg, Islam boleh naik dalam mase 23 tahun sahaja?

Silapnya pemimpin parti Islam Malaysia lebih gemar mengutuk pemimpin yang jahil. Tidak sabar dalam menyampaikan hukum Allah. Lebih gemar menyampaikan isu politik.

Mengapa umat Islam yang sedikit dahulu tidak dapat digugat oleh pemimpin walau nyawa yang diancam? Sebab asanya kukuh dalam diri masing2. Mungkinkah mereka akan buta untuk memilih? tidak sama sekali.

rakyat yang lemah apabila ade kesilapan yang dilakukan secara politiknya oleh pemimpin parti Islam jika berkuasa, akan berpaling semula kepada kemaksiatan kerana hati yang rapuh. Mereka akan kembali mengundi yang tidak sepatutnya.

Marilah lihat semula ke mana arah tuju kita. Byk lagi yg perlu diperbetulkan.

Pendapat sendiri berdasarkan pendapat orang lain.
Ladyship Atie said…
bismillahirrahmanirrahim.
salam.
pemimpin parti Islam Malaysia...siapa?.
afwan, sekadar mendapat penjelasan..sebab setahu ana, ana x pernah dengar ade ulama' Malaysia mengutuk pemimpin lain.wallahua'lam.
dan, perlu dijelaskan di sini, bahawa, di dalam setiap jema'ah, terdapat tarbiyah Islamiyah, ukhwah yang mantap di kalangan ahli jema'ah..terutamanya jema'ah yang di bawah pimpinan ulama' yg dii'tiraf..afwan, mungkin jema'ah di Malaysia masih belum capai tahap sekukuh Ikhwanul Muslimin, namun jema'ah2 ini mungkin dlm proses memperkukuhkan kedudukan..
Cuma distulah mungkin terdapat silapnya, di kala masing2 ingin mengegarkan Malaysia(perhaps), ade yg sanggup merendah2kan yg satu lagi..dan satu lagi yg lain..masyaAllah!

afwan sekali lagi.
Anonymous said…
Pemimpin atasan mmg tidak ada, tetapi pemimpin yang lebih kecil, apabila tidak tahan marah, mereka mencemuh atau menyindir. Maap ana x igt sape secara detail, tapi penah lihat dalam cd.

dalam setiap jemaah sudah tentu ada tarbiyyah. Realitinya sesetengah jemaah lebih rancak sebar politik.

rasenye tidak ingin lagi bercakap tentang jemaah, itu bukanlah perjuangan sy dan itu yang memecah belahkan kita. Menulis hanya sekadar menyampaikan sirah kebangkitan.

wasalam.
eksp said…
Wah.. beri komen tentang politik.. hehe.. sudah maju... =)

Saya tak nak ulas panjang, cukuplah dengan mengatakan saya bersetuju dengan sebahagian besar ulasan awak dalam blog nih....

Selari dengan firman Allah:
"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjanjikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjanjikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa..."

(an-Nur : 55)

Janji Allah hanya kepada mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh dari sudut penerimaan Allah, bukan dari sudut mata manusia... dan ini telah menjawab segala senario yang ada di Malaysia...

Dan bersabarlah... kerana ramai orang takkan bersetuju dengan statement ni... :)
Ladyship Atie said…
salaam..

saudara eqwan, afwan juga..ana pun x berniat nak berkhilaf di sini. cuma berminat mendapat respon..thats all. anyways, thanx a lot atas komen yg membina..and hopefully pembaca2 dpt manfaat insyaallah.

saudara eksp,
lesson learnt=)
bukan ape, cuma before this x ade mase cukup nak post blog yg serious sket..
ni pun sbb dah bosan belajar..so wat la bnd lain..

wallahua'lam..

Popular Posts