Layakkah aku??















Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,
Kesyahduan kurasakan amat bererti,
Acapkali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi,
Tiada putus-putus mendampingi kitabMu,
Membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci,


Segolongan insan yang dihormati,
Segolongan insan yang dipandang tinggi,
Inilah insan yg bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci,
Hamlatul Quran, itukah aku??


Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna,
Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci,
Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi:
"…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dgn kehidupan dunia…"


Aku merenung sejenak,
Hamlatul Quran…begitukah aku?
Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku,
Betapa Hamlatul Quran yang hakiki,
Adalah insan yg sanggup bermujahadah dalam kepayahan,
Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dgn keperitan
Baru kusedar…Hamlatul Quran
Kau luar biasa!


Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yg penuh dgn kelalaian, kealpaan, keseronokan spt org-org kebanyakan,
Sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi
Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dgn diri yang dhaif ini…
Namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini,
Menjadi salah seorg insan pilihanMu
Di dalam dunia Hamlatul Quran yg penuh dgn janji-janji manis di akhirat nanti
Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dgn mahkota sbg hadiah perngorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.
Tidak mahukah engkau dibangkitkan dgn sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri?
Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…!


Sahabat-sahabat Al-Quran,
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…
Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran?


Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran
Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi
Al-Quran


Ya Allah
Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki
Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi
Agar kehadiranku di dunia ini bermakna
Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi
Dengan alunan ayat-ayat suci yg sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati


Lantas itu
Ku pinta padaMu ya Ilahi
Agar di saat-saat akhir hayatku
Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku

Comments

eksp said…
berbahagialah mereka yang tergolong di dalam hamlatul Quran tersebut.. :)
maryam jameelah said…
Bila kukuak pintu semalam..
ada rahsia yang seakan terpendam
inginku lupakan
namun tak semudah kata-kata
biar pelangi hari esok
yang mencerahkan
hati yang selalu gundah gulana

tak pernah seindah senyuman
yang selalu kupancarkan
namun ingatlah...
senyumanku bukan mainan

Senyuman ini berkat kesabaran sebagai kurniaanMu tuhan
Ku syukuri bila kumasih mampu tergelak dan tertawa

Apakah yang kaucari wahai diri
atas dunia yang sekejap ini
adakah kau tahu?
setiap gerakmu akan ada pembalasan?

ayuh lupakan kisah semalam
kerana esok akan terus berjalan
hinggaplah di dedaunan
yang memberi harapan
pada sebuah syurga
yang menjadi idaman
setiap diri yang merasakan perjuangan

bila hidup sunyi dan mendatar
tanpa liku-liku yang seakan berduri
diri tertanya?
di manakah tuhan?
di manakah ujian?
mengapa tak diuji hamba ini
kerna ujian tanda sayang Ilahi...

biar air mata jatuh berlinangan
atas permaidani perjuangan
hanya hati sendiri tahu memadamkan kekelaman emosi
dan terus gagahi kaki meneliti arus ombak di lorong ini

mengapa pilu?
andai jasad sudah menjamah taubat
itulah kemanisan sebuah kesilapan
moga Dia tahu aku kini menderita
kerana igaukan keampunan

oooooooooo Allah
aku sedar
tiada kini
yang mampu menyanyikan lagu
dan tiada
yang mampu mencabut duri kesusahan
dari jiwa yang menderita
melainkan Mu..

didoakan kepada ibu bapa tercinta
suburkanlah rasa kasih kami
mereka tidak pernah meminta pembalasan atas jasa mendewasakan
bahkan
ini sahaja yang mampu kubuktikan
sekadar sekejap mereka di persinggahan

rasa sedihku..
jika hanya dengan emosi ini
aku berjuang dan bernafas
teruskan langkah
hapuskan air mata duka
dan berlarilah
kepada sebuah erti
dalam hidup yang fana ini

--insan dhaifah--

atie, jgn upe jaga diri.. jaga iman..
Ladyship Atie said…
saalam..

thanx a lot for ur comments.
insyaallah, I won't ever waste this gift from Allah swt, and I'll try my very best to improve myself, my iman, and my hafazan from time to time..
please pray for me..hopefully we all will succeed in our life,dunia wal akhirah..

jazakallahukhairan
atie! trima kaseh mengingatkan..
sebak dibuatnya!

smoga ukhwah yg terjalin antara kita kekal hingga ke syurga

miss u atie

Popular Posts