Review Filem Tanda Putera
Bismillahirrahmanirrahim
Hai semua. Have you had your shake today? ;)
Ada sesiapa yang dah tonton movie Tanda Putera?
Hai semua. Have you had your shake today? ;)
Ada sesiapa yang dah tonton movie Tanda Putera?
One interesting thing about this movie is, sebelum movie bermula, kitorang diminta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku, Huhu. Aku cam pelik gak mula-mula. Tapi semua orang dalam wayang tu semua pun berdiri. Sebak gak time tu. Tak ramai pun masa kitorang tengok..sebab office hour..or maybe sebab orang pandang rendah kualiti filem ni? Allahua'lam. Aku tengok pun sebab suami aku ajak.
Filem ni mengisahkan kejadian semasa 13 May 1969, di mana pertelingkahan antara kaum Melayu dan Cina yang amat dahsyat terjadi di Malaysia, terutama di Kuala Lumpur. Ramai yang komen bahawa filem Tanda Putera ni boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum di Malaysia. Bagi aku, kita tidak boleh ubah sejarah. Movie ni sangat bagus untuk orang MACAM AKU yang kurang pengetahuan tentang sejarah dan sebenarnya aku paling malas baca bab sejarah..*blame the boring text book haha* Hakikat 13 May, yang mana kita semua pandai baca buku teks je. Baru aku tahu betapa teruknya keadaan 13 May 1969.
Tanda Putera juga menceritakan kisah kehidupan Tun Razak yang banyak berkorban untuk membawa keamanan dan menyatukan semula 2 kaum yang sedang hebat bertelingkah selepas 13 May. Nangis-nangis suami aku sepanjang dalam wayang ni (dia memang patriotik tahap ekstrem sikit hihi). Both Tun Razak dan Tun Ismail menghidap penyakit kanser tahap kritikal tapi both of them terpaksa merahsiakan penyakit tu demi kemanan negara. Sedih sangat.. besar sangat pengorbanan mereka..
Aku tak menyesal teman abang tengok cerita ni. Sebab baru aku tahu betapa besarnya jasa 2 tokoh negara, Tun Razak dan Tun Ismail, and also their family. Mereka korbankan family life mereka, walaupun diberi kediaman yg selesa, tapi mereka tak dpt family life. Tapi semua ahli keluarga mereka memang tak pernah persoalkan. Bagusnya :') Cuba bayangkan ayah kita tak pernah bawak kita bercuti, tak ada masa dengan kita, habis masa untuk kerja je. Sanggup tak agaknya kita berkorban? Fuh. Nasib baik aku dan abang pilih untuk menyumbang kepada negara melalui perniagaan Herbalife. We still have time for our family. Alhamdulillah.
Filem ni tiada unsur perkauman langsung bagi aku. In fact, banyak pengajaran yang orang Melayu patut dapat lepas tengok cerita Tanda Putera ni. Orang Melayu patut bersyukur dah pernah ada pemimpin yang korbankan sangat banyak untuk keamanan dan kemajuan negara. Orang cina memang ada salah waktu 13 May. Memang dalam movie ni, masa 13 May orang Cina banyak pentingkan diri. Tapi, macam mana pun, kita patut sedar, tanah ni hakmilik ALLAH. Kalau dah tahu perangai kaum Cina yang kalau boleh memang nak memonopoli negara Malaysia, nak pegang saham majoriti dalam ekonomi malaysia, kalau boleh politik dan kepimpinan negara pun Cina nak pegang kan? But who doesn't want all these?
SO orang Melayu buat apa? TIDUR LAGI? Aku tak suka pertahankan orang melayu yang banyak komplen.. Sbb bagi aku perasaan nak berubah tu patut datang dari dalam diri sendiri. Pengalaman aku dalam perniagaan Herbalife banyak mengajar aku dan keluarga. Orang Melayu perlu banyak belajar dari orang Cina dari segi disiplin, dari segi pemikiran dalam membina perniagaan dan mengembangkan harta, dari segi semangat nak membantu bangsa sendiri, dari segi semangat untuk menguasai dunia, dan banyak lagi. Sumbanglah dari aspek apa2 pun, yang penting kita usaha sama-sama memajukan diri kita.
Jangan lah asyik nak tuding jari kata "Cina tak sedar diri" tapi hakikatnya kau yang menuding jari tu yang malas, merokok, lepak kedai mamak berpoyo-poyo cakap pasal orang tu salah orang ni salah, semua benda tak betul. Agaknya semua orang kena tidur n merokok, n lepak lama-lama macam kau baru kau puas hati? *EMO* haha. Tapi orang Melayu yang sentiasa bersemangat dan positif untuk memajukan kehidupan sendiri dan keluarga memang aku hormat sangat2 ;)
KONKLUSI: Tanda Putera is a good movie!
Aku akhiri entry harini dengan sebaris ayat alQuran from Surah ar-Ra'd
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١)
[English]
For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: they guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him any to protect. (11)
[Malay]
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11
Jom berubah tingkatkan kemajuan diri kita!
Comments