Anakmu, Anakku, Anak Mereka..

Bismillahirrahmanirrahim..



Haritu aku belek2 timeline twitter, aku ternampak tweet Kak Ain Peter..


I wonder, parents of the children sebenarnya memang bersusah payah lahirkan anak-anak mereka untuk menjadi penyanyi ke? Dari kecil dah diajar tentang glam, fame, and being attractive to earn fame. Memang 100% aku yakin, anak-anak tu tak bersalah. Yang patut bertanggungjawab adalah ibu bapa. 

Dikala anak-anakmu sedang asyik bersosial di atas pentas hiburan..



Anak-anak mereka sedang beratur di jalanan menunggu seseorang yang dapat menyelamatkan nasib mereka..




Di kala anak-anakmu menangis kerana penyingkiran dari rancangan hiburan..



Anak-anak mereka sudah tiada air mata untuk dialirkan..



Anak-anak mereka menangis kerana kerana saudara mereka dibunuh oleh Israel laknatullah!


Tatkala anakmu sungguh-sungguh mendayukan suara di atas pentas hiburan..


Anak mereka berseorangan memberanikan diri menentang musuh Allah!




Wahai anakku, semoga kamu menjadi hamba Allah yang sentiasa bekerja keras di dunia demi mengumpul sahammu di akhirat, dan demi membantu saudara mara mu yang sedang memerlukan..


Mama doakan Muhammad Yassir sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat & ujian Allah k sayang.
Semoga Allah memelihara Yassir setiap saat. Ameen :)







Wahai ibu bapa, salurkanlah kasih sayangmu kepada anak-anak untuk menuju ke pentas penilaian Allah di akhirat. Bukan pentas hiburan di dunia. Aku doa supaya rancangan Idola Kecil dan rancangan-rancangan sewaktu dengannya ni tak kekal lama, demi kebaikan ummah!







Comments

Popular Posts