Hidayah Allah, di mana??

Bismillahirrahmanirrahim..

A guided thought, insyaAllah..

Setelah kian waktu memikirkan masa depan diri dan sahabat2 seperjuangan..ku temui satu jawapan..

Pengalaman..

Kisah benar penulis, moga perkongsian diberkati dan diredhai Allah,dan harapan agar ia akan mencampakkan secebis manfaat kepada pembaca.

Pengalaman setahun setengah di Maahad Tahfiz Darul Quran, sejujurnya bermakna..kurasakan ni'mat alQuran di dada, pemerhatian Allah setiap detik dan ketika sentiasa menimbulkan rasa hati-hati dalam dada. Namun, dek kerana hidayah Allah dirasakan xperlu dicari kerana segalanya terbentang luas di depan mata, satu kawasan indah yang dikatakan dibanjiri mutiara-mutiara Islami..ku tetap tewas!.


Perubahan hanya sekadar perubahan yg tidak langsung kurasakan impaknya. Segalanya bagaikan titisan air ke daun keladi.

Namun kesyukuran tetap kupanjatkan, kerana ku peroleh satu nikmat yg sangat besar, iaitu alQuran!.



Dicampak ke bumi yang kufikirkan tidaklah asing, kerana itulah duniaku sebelum ku menjejakkan kaki di Darul Quran..
Pergaulan yg tidak dibatasi syariat, yg ada hanya batasan adat..
Pemakaian yg tidak langsung memerlukan kod atau etika..ku sudah bebas dari kongkongan insan-insan di Darul Quran yang kulabelkan mereka sebagai SEMPIT FIKIRAN.
MAAFKAN AKU!.
Waktu itu aku memang KEJAM!.
Aku terlalu mementingkan diri sendiri!.
Ku rasa disisih..kerana aku lain dari kalian..

Aku tahu,waktu itu aku sebenarnya sedih kerana tidak kurasakan nikmat ukhuwah.
Tidak kurasakan nikmat sokongan.
Tidak.
Yang ada cuma DISKRIMINASI.

Tidak ku peduli kehinaan di mata Allah,
cuma ku benci kehinaan di mata manusia,
mereka tiada hak!.

Aku ego,ya, masa itu ego ku memijak-mijak iman..Ampunkan aku ya Allah.

Darul Quran,saksi keegoanku..
saksi akan kejahilanku..


Taylors, here I come.

Sepanjang satu semester, ku goyah..bagaikan lalang dibuai angin duniawi..
Allah,aku tewas.
siapa aku?.
Masih lagi tentera alQuran mu?.

teringat pesanan sahabat..
Allah mungkin campak kita dalam dunia alQuran ni, dgn 2 sebab..1st,dgn tujuan la'nat, 2nd tujuan ni'mat..maka hati-hatilah!

Ya, betul..selagi mana kalamullah di dalam dada, segalanya Allah bayar dengan tunai!.
Allah benar-benar buktikan itu. Ketewasan ku dihukum Allah serta-merta.Sakit ya Allah!.Tapi aku amat menghargainya..sakit itu kurasakan sakit yg sementara,namun nikmat yg sehingga kini masih tidak kurang.bahkan bertambah!.

Alhamdulillah.

Segalanya bermula di Taylors.
Penyerahan diri kepada Islam seluruhnya..Bumi Taylors menjadi saksi..
Usrah, ukhwah fillah, segalanya,..terima kasih Ya Allah..terima kasih sahabat..
terima kasih jemaah Islamku..



akan ku gunakan pengalaman sebaik mungkin untuk menemani sahabat-sahabatku yg masih mencari jalanMU..
ku damba kecintaanMu, kekuatan dariMU ya Rabbi..

Aku sayang KAMU, Ya ALLAH!.


Lesson learnt:
Hidayah Allah,di mana-mana.Hidayah Allah wajib dicari, regardless wherever u r. Only then Taufiq Allah akan membasahi hari-harimu..Ingat,hidayah Allah WAJIB dicari!.

Allahua'lam..





Comments

Zayana Yusof said…
mulutku ternganga bersaiz 3cm diameter.
Anonymous said…
salam
nice to know bout this
yeah..
taylors..
di mana ku temui cinta Tuhanku
semoga diri ini tidak terlepas ke dalam jurang kejahilan buat kali yang kedua..
Ladyship Atie said…
zayana,
mengapakah?.
---------------------------
Budakkecik,
InsyaAllah,selagi kita serahkan hati dan iman ni pd Allah,
HE'll protect us..
sentiasa berdoa moga diri diperkuatkan dlm menghadapi ujian2 Allah..
Ziarah76 said…
ooo...hafizah la ni..
morsmode said…
salam uhkt atie
hm
camne nk wat spy kte blh SENTIASA igt kt Dia?
ALLAH tahu hamba-Nya mampu menjalani ujian yang Dia berikan.

Ujian yang diturunkan adalah untuk mengukuhkan ikatan hamba-Nya kepada Dia.

Ujian adalah salah satu bentuk kasih sayang ALLAH kepada hamba-Nya.

Ada dua bentuk ujian yang masyhur:

1. Kesenangan (al-basth)
2. Kesusahan (al-qabdh)

Banyak solihin dan muqorrabin yang lulus ujian yang kedua tersebut, tetapi tidak banyak yang lulus ujian yang pertama, kerana nafsu akan turut sama menumpang kesenangan yang hadir.

Wallah a'lam.

Allah itu maha 'Adil. Sentiasa sucikan hati dan pohon keampunannya.
van qif said…
Bak kata Jibrail a.s: mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut...

Aku pun baru menemui "Jemaah Islamku"...antara kita semua mungkin berbeza warna Jemaah...Namun aku harap ada rasa kasih sayang di antara jemaah islam yg berlainan ini..Istiqamahkah kita usaha agama ini...
Ladyship Atie said…
Mutakallim,
xdelah...ex-DQ je..

----------------------------------
matadore,
cmane nak sentiasa ingat kt Allah?.
em senang je.
agak2,kalau kite ade bf,mcm mane kite ley selalu teringat kt mamat tu?.
kite ingat sume kenangan,kelebihan2 die,sume2 yg die hadiahkan,etc.
So,its applicable in this case.

Sbg permulaan, kite anggap Allah tu mcm buah hati kite, fikirkan nikmat2 yg Allah dah bagi, keindahan Allah, etc.

Mcm dlm iklan snek LURVE tu, d girl mcm org gila, cintakan keropok tu.padahal tu bukan manusia.haha

PAKSA diri utk sentiasa beribadah SEIKHLASNYA kpd Allah.

mcm2 cara boleh diapplikasikan sebenarnye.

yg penting, utk capai tahap mcm tu, iman kne sentiasa diperbaharui, kena sentiasa tambahkan ilmu ma'rifatullah dlm dada, sentiasa buat amalan2 sunat, etc.

ikut kemampuan diri.sementara masih bertenaga ni..jgn jd mcm org2 tua melayu, dah tua baru nak buat sume2 tu.
bile muka dah berkedut2 baru nak hadapkan diri depan Allah.
masa muda, zaman kulit tegang, beria2 make up nak hadapkan diri depan lelaki.

Astaghfirullah.

-----------------------------

Ibnu Ahmad Zhaki,
syukran for d sharing=)

-------------------------------

vanqif,
ye,insyaAllah..
Islam meraikan kepelbagaian pemikiran.
semoga kepelbagaian pemikiran menyatukan seluruh umat Islam,bukan lagi memecahbelahkan.
biiznillah.
Ateey said…
taylor tu name universiti kt kl kan??

wa....u r the only one yg pakai purdah ke??

subhanallah...kagum!!

Popular Posts