Kenaikan Harga Barang di Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim
HARGA BARANG NAIK? semua NAIK?
Tahun 2013 berakhir dengan keluhan dan komplen ramai rakyat Malaysia tentang Kos Hidup yang semakin tinggi. Setiap status di FB, Twitter, dan macam-macam lagi penuh dengan keluhan dan kritikan yang tidak tahu kemana semua itu akan pergi.
Aku sendiri tertanya-tanya, adakah dengan semua status tersebut kehidupan mereka bertambah baik dan harga barang akan turun? Atau tidak ada apa-apa yang berlaku, yang akhirnya mereka terus dan terus dengan sakit hati dengan semua yang berlaku sekarang ini.
UBAH DIRI SENDIRI DAHULU
Status mahupun rungutan kita tidak akan dapat ubah apa-apa. Melainkan kita adalah Menteri atau Wakil Rakyat yang berada di dewan Parlimen (Itupun kalau didengari). Maybe bila aku cakap macam ni, ada yang membangkang.."sebenarnya setiap satu suara rakyat itu didengari dan rungutan itulah yang kerajaan akan ambil kira untuk hentikan kenaikan harga"..Tapi even if kerajaan kurangkan kenaikan harga sekarang, will that change your life forever? Will that change your future? Kenapa kita tidak tanya pada diri sendiri, kenapa aku sentiasa tidak cukup. Dari dulu lagi serba-serbi tak cukup. Gaji masih di takuk lama, perangai sama seperti dulu suka mengulor, dan suka mengata boss. So bila harga semakin meninggi, aku masih dengan perangai lama, dan dengan keluhan yang sama. KENAPA AKU TAK BERUBAH?
klik gambar untuk view lebih jelas |
Bila aku nampak ada orang share tentang statement Prof Muhaya ni, aku senyum je bila baca caption gambar:
Aduhai proff... +ve biar la bertempat.."respon kpd apa yg berlaku".. Jom kita turun padang, kita pakat respon kpd apa yg berlaku skrg ni, pikir positif pd golongan miskin bandar, pd penduduk kg, pd rakyat yg berpendapatan seisi rumah bawah rm3ribu dgn tanggunggan anak3 yg masih bersekolah, .....jom!!Because the very first thing came across my mind was: Bukan ke majority penduduk luar bandar yang voted for the 'current government'? Kan kan? So..adakah salah Prof Muhaya? Salah kerajaan sebab naikkan harga? Salah siapa? Hahah senang je..tak perlu cari salah siapa. Ubah diri kita. HIDUP KITA PASTI BERUBAH.
Ya, kenapa AKU TAK BERUBAH. Tanya diri sendiri. Perasan atau tak, kita sentiasa salahkan keadaan yang kita sendiri tidak dapat kawal. Kita salahkan PM, kita salahkan menteri, kita salahkan semua orang yang berada di sekeliling kita. Tetapi kita tidak pernah tanya dan persoalkan setiap apa yang kita lakukan. Pernah tanya diri sendiri kenapa tak pernah berubah? Sebab, diri kita adalah berada dalam kawalan kita. Sama ada kita nak berubah untuk jadi lebih baik dengan pendapatan yang lebih baik, semua itu dalam kawalan kita.
Pernah baca buku "Who Moved My Cheese?" Kalau belum baca, pergi lari sekejap ke kedai buku dan beli sebuah. Aku ada gak tulis entry review tentang buku ni..boleh baca kat SINI. Buku ini cerita tentang 4 watak yang berbeza dalam berhadapan dengan perubahan dalam kehidupan. Melihat watak-watak tersebut, aku beranggapan mereka yang sentiasa berkeluh-kesah dan setiap hari merungut dengan perubahan yang berlaku, adalah orang-orang yang mewakili watak Hem. Sentiasa menyalahkan keadaan, dan selesa dengan keadaan yang sedia ada. Hem takut dengan perubahan, takut untuk berubah dan takut untuk tidak berada dalam Zon Selesa,.
Berbeza dengan tiga watak yang lain, walaupun pada awalnya Haw sama seperti Hem. Tapi bak kata Hem "Better late than never", yang akhirnya Haw tersedar yang beliau sendiri perlu berubah. Tidak lagi boleh merungut dan berkeluh kesah dengan perubahan yang berlaku. Haw keluar dari zon selesa untuk berubah dirinya, kerana dia tahu hanya dirinya saja boleh dikawal. Tetapi keadaan bukan dalam kawalannya. Akhirnya Haw mendapat apa yang dia mahukan.
Begitu juga kita dalam masa-masa sekarang. Kalau dulu cara bekerja dan attitude dalam melihat pekerjaan hanyalah sebuah kerja. Kenapa kita tidak tambah Value dalam setiap pekerjaan kita. Kita melihat pekerjaan adalah satu ibadah. Tidak boleh mengulor, tidak boleh kutuk-kutuk boss, dan sentiasa uptodate ilmu tentang pekerjaan sekarang.
Dalam masa yang sama, kenapa kita tidak pernah terfikir untuk keluar dari zon selesa makan gaji ini dengan keluar untuk berniaga? Internet sekarang semuanya dihujung jari. Aku tabik rakan-rakan yang makan gaji tapi dalam masa yang sama menggunakan peluang yang ada untuk berniaga Online. Ada yang meniaga tudung secara online, baju, jubah, kek, kuih dan macam-macam lagi. Dari kita tercongok depan internet hanya updata status komplen itu ini, lebih baik kita update FB kita dengan pelbagai perniagaan yang dapat menambah pendapatan.
As I mentioned earlier, semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Adakah kita melihat kenaikan harga ini sebagai sesuatu yang negatif atau sebuah peluang yang dapat berubah kehidupan kita.
Oleh itu, sempena tahun baru, jom kita ubah sikap kita. Adakah kita mempunyai Sikap yang sentiasa melihat perubahan sebagai sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif.
Marilah kita Melihat perubahan sebagai satu peluang besar yang dapat menambah value dan pendapatan dalam kehidupan kita. Sampai bila kita mahu merungut dan komplen itu dan ini di FB, sedangkan kita sendiri tidak mahu berubah.
Alhamdulilah, aku dan suami membuat keputusan untuk melihat segala perubahan ini dari sudut yang positif. Kami bekerja keras dalam perniagaan, yang kami percaya ia dapat mengatasi segala keluhan dan rungutan. Sebab apa? Sebab kami dapat kawal diri kami, dapat kawal perniagaan kami. Kami yang tentukan berapa banyak pendapatan yang mahukan (segalanya dari Allah, kami berusaha menurut sunnah alam), dan begitu juga dengan perbelanjaan berapa banyak yang kami perlu belanjakan.
Tidak seperti mereka yang makan gaji. Gaji ditentukan pihak atasan, berapa lama atau berapa kuat pun yang anda kerjakan, itulah gaji yang akan dapat. Pendapatan anda bukan berada dalam kawalan anda. That's why I always say, untuk memberi banyak dan mendapat banyak, tidak lain dan tidak bukan, berniaga adalah jalannya.
Kita tidak akan dapat memberi banyak kalau gaji sendiri cukup-cukup makan. Tetapi kita dapat memberi banyak, kalau pendapatan kita berlebihan dan mampu berikan keselesaan kepada kehidupan.
Berniaga atau tidak, kerja atau tidak, semuanya ditangan anda. Anda yang mampu berubah dan mendapatkan balasan yamg baik dari setiap perubahan yang berlaku. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan berubah, kalau kita sendiri tidka mahu berubah untuk ke arah yang lebih baik.
Usah merungut dan komplen. Jom ubah diri, ubah sikap dan ubah pendapatan...
Akhir sekali, aku jemput semua orang untuk tonton video Jim Rohn ni:
Comments