I Will Do Anything For You

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah harini genap 12 minggu 3 hari usia kandungan aku. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku nikah dengan abang.



Cukuplah tempoh untuk aku mengade-ngade manjakan diri sendiri ngadu letih, tak sihat, or whatsoever. It's time to work hard! Walaupun honestly speaking, anasir muntah-muntah loya-loya aku belum berkurang pun lagi cuma aku dah boleh kawal emosi aku better than before (yg mcm aku cerita kat sini). Alhamdulillah syukur sangat =D

Semalam aku dah rasa rindu sangat nak tengok baby dalam perut. Aku sampai termimpi pergi buat scan dengan abang. So petang semalam lepas habis kelas aku pun ajak abang pergi Putrajaya untuk book gynecologist supaya senang lepas ni check up dengan sorang je doctor. She will be the one yg monitor my pregnancy progress and also the one yg akan deliver baby utk aku. Setakat semalam, memang aku dengan abang plan utk deliver kt Putrajaya sebab dekat dengan rumah sewa kitorang.

Tapi lepas kelas semalam, keluar from Monash je dah almost 4 ptg. And aku masa tu kebuluran. Lapar gile. So abang bawak aku pergi makan dulu kat Bangi. Makan kueyteow kungfu + air laici + air sirap. Pergh mmg aku gile air manis sekarang sbb benda lain sume tak sedap..Habis makan dah pukul 5.30ptg (aku makan memang mcm siput). So abang ckp dah lewat sangat nak pergi check up kt Putrajaya. Time tu aku sedih gile okey! Aku mmg dah nekad nk tengok baby petang tu jugak. Ended up, kitorang pergi je klinik biasa kat depan rumah sewa kitorang tu. Nak buat scan je pun kononnye kan.

Kat klinik tu mula-mula aku mcm happy lah kan. Pastu masuk bilik doctor, terus buat ultrasound, aku tak taw ape masalahnye, blur gile scanning tu. Tak macam masa kitorang pergi klinik 1st time utk buat ultrasound kt Kerinchi masa 8 minggu tu. Aku sangat risau. Dahlah stress dengan Monash tak habis lagi..Baby aku ade masalah ke? Biar betul? Pastu one more very important thing, doctor tu kalau cakap die memang langsung tak boleh pandang direct mata aku. KENAPA EK?

Ok fine. Nampak sikit2 je lepas tu. Susah betul nak nmpak clear vision kt scanning tu. Setakat nmpak ade makhluk kt situ. Cuma ade few seconds je aku nampak kaki baby tu cam moving2 huhu happy sgt masa tu. Tapi still! Filem scan doctor tu bagi warna die putihhhhh je. Hmmph -.- Lepas tu scan lagi scan lagi, doctor ckp kepala baby tu mcm besar. WTH??

lebih kurang mcm ni lah aku nampak kaki baby aku gerak2 =')

Lepas tu doctor suruh buat urine test pulak. Cam biasa lah, during pregnancy, memang every visit we need to do urine test. First, dahlah toilet klinik tu busuk! Pastu kurang bersih (the sopan way of saying kotor!), pastu die bagi bekas untuk aku letak air kencing tu takde tutup. Boleh bayang tak, kau kena masukkan urine kau dalam satu bekas, pastu surely kite nak basuh bahagian luar bekas tu kan? Sebab for sure air kencing tu takde lah boleh dikawal mcm air paip, in which ade salur getah kite boleh make sure tak terkeluar dari bekas. Huh. Stress lagi -.-"

Aku sabar lagi lah. Pastu doctor panggil masuk balik. Terus-terus die cakap aku ade diabetes. Aku rasa mcm gugur jantung je time tu. Betul ke ape yg aku dengar ni?? Pastu terus aku teringat memang sejak 4-5 hari yg lepas, aku minum air masak pun x sampai 1 liter. Pastu asyik amek air manissss je.  Shake pun aku telan sekali je sehari. Makan nasi sekali sehari. Tp aku lapar. So memang air manis jadi kawan baik aku for the past 4 days. Sebelum jumpe doctor tu pun aku baru lepas minum 2 cawan air manis. Sebab tak selera nk makan, so aku end up cari air manis utk dptkan energy. Itu baru 4-5 hari aku tak concern about my nutrition intake. Tak dapat bayang other moms out there yg memang duk melantak tak ingat dunia during pregnancy. Kesiannye baby ='( Kalau baru suspected diabetes cm aku ni pun dah rasa bersalah sangat2 dengan baby, ape agaknya mak2 lain rasa ek?

Pastu kalau baby dh lahir, and dapat tahu baby ada diabetes, or mcm2 sakit lagi sume. Na'uzubillah. Aku tak sanggup nak hadap benda mcm tu. Izinkanlah aku lahirkan baby ni dalam keadaan sempurna sifat, kesihatan yg baik, akhlak, iman dan taqwa. Ameen.


Then she used that issue utk kaitkan dengan baby aku. Kononnye kepala baby aku besar sebab glucose tinggi. Bile glucose tinggi, cells baby akan jadi lebih besar. Amende entah sume tu. Aku tak faham sangat. Tapi yg penting aku memang tak percaya sangat, tp still aku jadi stress. Sape tak risau kan?

Balik from klinik, aku dengan abang both diam membisu seribu bahasa. Masing-masing berfikir. Ujian ape yg Allah nak bagi kat kitorang ni? Sampai je rumah, aku terus menangis-nangis, sambil teguk air 1 liter dalam masa tak sampai 15 minit! Seksa. Tapi aku paksa diri aku. For the sake of our baby. I will do anything to ensure he/she can grow healthily inshaAllah. Aku tampar diri sendiri sbb lately aku x jaga kesihatan due to extreme stress condition. And u know what happened?

Aku muntah 1 liter air masak tu ALL!! Muntah sekali air sirap and air laici yg aku minum sebelum tu. Aku nangis lagi. Puas abang pujuk aku.

So aku terus capai telefon, call Mama. Then call Maryam. Nak mengadu lah of course. Semua orang tak pandang benda tu serius. Wakakaka. Maryam cakap mana boleh buat conclusion terus yg aku ade diabetes on the spot? Kena buat OGTT betul2 utk cek diabetis. Suke hati je doctor tu. Patutlah ckp pun mcm tak nak pandang mata aku. Kalau tak expert about monitoring pregnancy, cakap lah betul2. Aigoo. Dahlah aku pun bodoh bab2 sains ni sume. Nasib baik ade kawan baik yg memang belajar bidang tu. And lepas bincang dengan Maryam, aku dengan abang decide untuk bersalin kat Melaka, and regular checkup everything semua kat Melaka. Sebab selesa, dekat dengan Mama, senang.

Maka, inshaALlah esok aku dengan abang akan balik Melaka untuk proses mencari gynae utk monitor my pregnancy closely. Tolong doakan aku dengan baby sihat k kawan-kawan! Sy janji akan minum shake Herbalife tu banyak2, minum air banyak2, minum tea tu banyak2, and amek Niteworks tu banyak2. Sy nak double up lagi my nutrition intake, for my baby! It will be expensive, but inshaAllah. Allah akan bagi rezeki yg lagi melimpah ruah. Kerja je kuat-kuat dengan Herbalife. Kami percaya our time will come. Nak jadi GET Team before baby lahir. Nak beli rumah before baby lahir. Ameen ameen.

STRESS
Ramai kawan-kawan tanya, mcm mana aku deal dengan semua benda ni. Mampu ke aku handle? When I look back, ape yg aku ada sekarang?

Husband + Pregnant + Herbalife + Study

Semua ni memang challenging. But, aku pandang semuanya sebagai investment aku untuk better future, dunia dan akhirat. Having a caring and loving husband, carrying a baby in my tummy, earning amazing extra income with Herbalife, and struggling to finish my study for the sake of my parents. So, kalau nak diikutkan, orang yg menganggur laaaggiiii stress! Doing nothing at home, menyusahkan parents, terpaksa mengemis duit orang, pastu orang pun rimas.

Kawan-kawan, hargailah dan berkorbanlah untuk kesenangan dan kebahagiaan parents korang. Sebab truly said, bukan senang mengandung ni. Mencabar, korang yg belum lalui fasa ni, satu hari inshaAllah korang akan rasa. So for now, please, do appreciate ur parents, and give them happiness.

Kalau aku tak kahwin lagi and tak buat Herbalife lagi, mesti aku banyak habiskan duit Mama Ayah kat shopping complex tengok movie, main bowling, shopping, lepak2. Pastu aku sibuk kawan dengan banyak lelaki sebab takde komitmen dengan si dia yang satu bhahhahaha. Aku kan jahat dulu.

So yeah, inshaAllah I can handle this. Istikharah dan tahajud jadi peneman. Sebab aku sangat2 percaya, solat2 sunat mcm ni akan bantu kuatkan jiwa kita untuk hadapi masalah dan onak duri dalam kehidupan kat dunia ni. Kawan-kawan tolong doakan aku ye =D

Kalau orang lain boleh, aku mesti boleh! Kalau aku boleh, korang pun mesti boleh! Jom ramai2 kahwin mase belajar wakakakaaka.

Comments

syarcks said…
ergh!rasa nak kawin gak lps baca this entry.. pray 4 me syg.. tunang sgt mencabar. nak2 bdk jht yg tunang awl ni
Faiz Md Yusof said…
atie, jangan pegi lagi clinic tuh. urine bottle tak ade penutup memang unacceptable. plus ultrasound is not for everyone to use. susah nak guna ultrasound. doctor pon xramai yang pandai gune. reti guna ramai je. if u want a better ultrasound should go to radiologist (pakar scan2 nih) rather than clinic biasa. sebab orang xpro bende kecik pon nampak besar.

and about diabetes, no waaayyyyyy the doc can easily diagnosed u with diabetes camtu je. so worry note aite.

jaga elok2 baby tuh =)
Ladyship Atie said…
sya, kena be mentally and emotionally prepared k? inshaAllah boleh =)

Faiz, thankssssss sbb comment faiz buat atie rase lega! Btw bile uncle faiz nak dtg melawat nI? hehe
Faiz Md Yusof said…
atie, da pegi check kat proper hospital ke belom? anyway gestational diabetes is not something u want. always check for it. and if u have dont recent check up, tulis kat blog tau. IDK why im super excited tgk atie da preggy. btw u r my first friend yang preggy =D
WaNuruL said…
suke ayt atie jom kawen time tgh blaja..hehe
Salam atie dear..
Wah,da pregnant da kwn aku neyh..
Pa pe pun semoga ko dan baby ko sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH.
Pa pe pun jge kesihatan ok...=)
Tak sbr nk nengok bakal bby korg..
Gerenti comel mcm ibu die..
lot of love~~

Popular Posts