Tanda Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama sangat rasanya tak update blog. Sibuk sungguh. Dan akhir-akhir ni banyak diuji dengan masalah kesihatan. Badan aku macam handphone blackberry yg battery die dah warna merah. Aku asyik tidurrrrrr je. Lemah sangat. Bile ade kelas, pergi kelas setakat untuk dapatkan berkat, sign attendance, habis kelas terus lari-lari kejar abang yg tgh tunggu dekat kereta depan pagar Monash sebab tak sabar nak balik tidur.

Semester ni pulak aku ade banyak online test. Selalunya aku tak study pun, and aku jawab test tu sorang-sorang dalam keadaan pasrah je sebab bile aku cuba study aku bukan paham pun. Kadang-kadang bila aku study beria, time nak jawab test tu aku terus jadi x faham. Biasanya bila aku tak study, aku dapat quite a satisfying mark, tapi ada one time tu, aku study berjam-jam for one particular topic, tetibe jawab exam pun lebih yakin daripada biasa, bile tengok markah, hmmmmmmm.....WTH? terus aku bersemangat utk tidak terlalu beria-ia utk study bile nak buat online test muahahahahah. (kalau abang bace ni mesti die mengamuk =p)

As for now, ada 2 nyawa dalam jasad aku, satu tu aku punya, the other one belongs to tanda cinta kami. ececeh. Heheh, alhamdulillah aku dah 9 minggu plus plus pregnant.

Alkisahnya, di bulan Ramadhan yg lepas, pada 2 minggu terakhir, aku rasa different than before, aku selalu sakit. Lemah yg amat. Sahur aku melantak mcm org gila, tapi end up pukul 9 pagi tu, aku lapar balik, Lapar yg bukan biasa-biasa taw. Lapar yg mcm nak pengsan. Tak tipu. Keadaan tu berterusan setiap hari, sehinggalah hari ke 27 Ramadhan... jeng jeng jeng...

Aku tak sihat, so aku tak puasa..hari tu takde kelas, tapi aku kena submit assignment kat Monash. Pagi tu aku menangis-nangis tak nak bangun, tapi abang paksa jugak bangun sebab aku kena hantar assignment. Aku pun bangun and buat assignment sambil nangis2 sebab memang penat sangat2 and merajuk dgn abang.

Balik je dari Monash, aku memang moody sgt. Aku rasa nak marah abang je. Kesian abang,. pastu abang gi bawak makan ayam penyet kt Nilai. Feveret kitorg, feveret aku. Every week memang aku mesti nak makan ayam penyet at least once. Tapi, haritu, aku rasa for the first time, ayam penyet tu tak sedap! Meloyakan! Aku tak habis pun. Lepas tu kitorg terus ke klinik, aku mintak abang bawak aku jumpa doctor, sbb aku x tahan sangat sakit. Doctor buat urine test, heheh. Kami tersenyummmmmmmmm je dari dalam klinik sampai keluar.  Allah anugerahkan kami hadiah yg tak ternilai pada malam ke27 Ramadhan! Alhamdulillah =) Tapi sampai je rumah, ayam penyet tu terus aku muntahkan keluar unexpectedly. Psycho betul.

Ramai yg cakap sangat cepat aku dapat baby. Itu semua rezeki dari Allah.. Kami cuma doa supaya Allah kurniakan kami zuriat pada saat yg terbaik. Semua pasangan suami isteri surely will want a child as a gift of the marriage. Seriously, kau cuba kahwin, mesti automatik korang akan fikir pasal anak. Aku tak nak merancang, sebab aku percaya, Allah knows what's best for us. Aku cuma minum shake banyak-banyak supaya my own fertility is always well, and doa banyak-banyak hoping for the best. Alhamdulillah, Allah gives us this, and we believe it's the best for us.

Namun, di sebalik kegembiraan tu, banyak jugak kesukaran aku kena hadapi. Morning sickness. Teruk jugak morning sickness aku. Dalam sehari, aku boleh muntah 3-4 kali. Gile. Sampai aku takut nak makan. Aku takut dengan shake. Sebab shake adalah makanan yg paling mudah utk aku muntahkan. Yelah kan, shake Herbalife kan cecair. So memang senang lah die nak keluar balik. Seolah-olah aku makan tu for nothing, aku minum setengah cawan shake, aku muntahkan secawan shake (sekali dengan shake semalam agaknye). Aku minum air masak, aku muntahkan air masak, Aku makan nasi lemak, aku muntah nasi lemak. Mula-mula tu aku rasa gerammmm sangat! Ape baby aku nak makan kalau mcm ni? At one point aku sampai takut nak makan. Aku mmg gagahkan jugak minum shake banyak-banyak sebab that's the main source of nutrition for our baby. Aku dah la x makan sayur. Doctor kata, kena makan jugak macam mana pun. Muntah pun, makan lagi. Makan lagi. Makan lagi. Dan lagi.

ni hasil scan ultrasound mase 8 weeks 2 days; 1.5cm. heheh =')


First trimester aku belum habis lagi, and aku dan abang dah ke Korea for Herbalife University. Keluarga aku org yg paling banyak bagi pesanan, especially Mama.  Aku nak buat satu entry khas for Mama lepas ni. Terasa betul kasih sayang seorang ibu bile aku mengandung ni. Ok tanak cite sekarang nnt lari topik huhu. Perjalanan ke Korea, memang kitorg nak honeymoon, and we chose not to join package with travel agent, sbb nak jalan ikut kepala sendiri je berdua. Banyak sangat berjalan, badan aku memang sakit-sakit. Sangat sakit. Tambah pulak sejuk. Memang kuatkan je lah sebab aku kesian kat abang. Aku tak nak spoil excitement abang, sbb abang sangat suke Korea. Berkorban la sikit kan demi cinta bahahahahaaha =)

cukupkan ilmu di dada dgn ilmu pregnancy

abang develop skill memasak utk aku sebab aku x larat nak buat banyak kerja
Alhamdulillah, kat Korea aku muntah sekali je. Pandai pulak perut aku ni pilih tempat. Aku cuma loya-loya je. And tak boleh telan sebarangan, sbb tak kena dengan selera. Susah gile woo. End up, duit kitorang banyak habis dekat coffee shops sbb aku asyik nak minum iced chocolate, hot chocolate, chocolate cookies, sume yg chocolate la. Nasib baik ade Herbalife shake. Aku craving gile chocolate shake Herbalife. Banyak gile minum shake. Nasib baik ade flavour chocolate hewhewhew. And aku kena makan kat kedai2 yg selesa. Demanding gile la aku, as usual hewhewhew.

Since kitorang balik from Korea, setakat ni alhamdulillah aku belum ade muntah lagi. Amazed gak lah aku. Lega, sebab aku boleh secure makanan yg aku dah masukkan dalam perut. Seriously, baru sekarang aku faham kenapa orang selalu suruh hargai pengorbanan seorang ibu yg dah kandungkan kita 9 bulan. Ok aku baru 2 bulan lebih. But dah rase susah. Moga aku kuat utk lahirkan baby ni tak kira apa pun dugaan yg Allah nak bagi ameen.

Masa mengandung ni, aku rasa kasih sayang yg sgt tak berbelah bagi daripada semua orang =') From Abang especially yg buatkan semua benda utk aku, Mama yg selalu call tny keadaan aku, Ayah n adik-adik, and also kawan-kawan aku. Thanks sangat korang sume! Hewhew.

It's actually still too early to announce sbb ade org yg advice me to announce only after 12 weeks of pregnancy. But aku sangat memerlukan doa semua orang. Tolong doakan tanda cinta kami ini diizinkan Allah untuk membesar dgn sempurna mental, fizikal, iman, taqwa, dan akhlaq =)

Comments

ilanilyana said…
congrate atie! cousin ak pun dah pregnant, seminggu at least sekali mc. hik. kuatkan semangat k
Rafiah Yusof said…
tape atie,sakit kejap jer.nanti gembira dtg jer.skang kakra tgh berpantang,sakit mmg sakit tp tgk muka baby sgt best feel tu.congrat.ni blog kakra rafiahyusof.blogspot.com...just nk sharing.kakra byk share psl pengalaman pregnant.t.care.

Popular Posts