Antara Keluhan Dan Sebuah Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni Mama takde kat Malaysia, Mama temankan kakak aku Wani ke Korea. Dia ada presentation kt University Korea. Gempak gile kakak aku ni dalam bidang akademik. Malu gile kalau nak bandingkan tahap kepandaian dan kerajinan aku dengan kakak aku ni. Tapi, kalau dalam bidang business, aku lagi gempak la dari dia muahahah. Die tahu studyyyy je hahah! Aku suka money-making activities. hewhew =p

Kenapa aku buat tajuk ni? Sebab aku dah rindu gile tahap cimpanzi kat Mama. Y'know, during the first trimester of pregnancy, kitorang si ibu-ibu mengandung akan mengalami perubahan hormon yg sangat drastik, manakala antara efeknya ialah emosi yg huru hara macam ribut taufan angin bergelora kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Mama and Wani @ Korea. Both are my embassies of Herbalife. Mama lost 13kg and Wani lost  more than 12kg.

Wani masa presentation on stage, this presentation has been awarder the best presentation. Pergh.
Aku honestly rasa jealous dengan Wani sebab Mama ade dengan dia sepanjang seminggu. Sebabnya, kebetulan aku tengah midsem break sekarang. I really need Mama. I miss Mama's cooking, I miss hugging Mama. I miss everything about Mama.

Ceh, mesti korang rasa nak tampar aku kiri kanan sekarang kan. Poyo lebih, seminggu je pun Mama pergi. Try being in my shoes. Aku sampai hilang akal, tak tahu ape masalah dengan diri sendiri. Aku jadi terlalu sensitif. Aku menangis setiap masa, setiap hari. The whole week is like that. Aku rasa pressure je memanjang.  Abang buat silap sikit je, aku terus mengamuk. Kesian abang -.- Tapi aku hanya mampu doa je hari-hari, supaya Allah kuatkan abang, supaya Allah izinkan orang sekeliling untuk memahami aku. Dan supaya aku dapat kawal emosi. *tapi sampai sekarang aku belum berjaya mengawal emosi aku.

Sepanjang minggu ni pun kesihatan aku getting worse. Aku bukan setakat morning sickness. Aku muntah bile-bile masa je. Sakit kepala berdenyut-denyut. My morning starts at 12 noon, sebab aku menangis tak henti-henti sepanjang malam, end up pagi-pagi aku tak boleh bangun sebab kepala aku sakit sangatt sangat sangattt!. Nasib baik tengah cuti sekarang. Im hoping for this to come to its end by this weekend. Tak sanggup makkk.

Aku boleh nangis masa tengah makan, masa tengah baca Quran, masa tengah solat, masa tengah tidur, in conclusion, anytime without my consent.


selalu duduk tepi katil usap perut, pastu nangis.

Setiap kali aku sedih, aku usap perut aku, aku senyum =)
Baby, Mama kena kuat, kan?
Baby, tolong doakan Mama kuat ok?
Baby, nanti dah besar baby jadi anak soleh k?

Ujian Allah, aku yakin pasti ada yang lebih besar menanti.

Berhadapan pulak dengan pressure yg aku paling susah nak handle sekarang. Aku ada 3 assignments. Aku belum start study ape-ape pun lagi sebab aku sentiasa perlu baring je sekarang sebab badan aku mcm lemahhh sangat. Final exam dah dekat. Aku x boleh nak keluar rumah sangat, business pun hanya dari rumah je. Abang yg keluar pergi jumpa customers and downlines sume.

Seriously, aku rindu Mama. Aku teringat masa Mama tengah kandungkan adik aku Linda dulu, masa tu Mama kuat sangat marah. Ada satu malam tu aku dengan Wani tengah main2 kat ruang tamu, kitorg bising sangat, dah dekat pukul 12 malam. Tiba-tiba Mama keluar bilik marah-marah suruh diam. Hoho. Terkejut sangat time tu. Ade gak la rasa tak puas hati masa tu. Ayah pulak cool je. Takde pun nak marah Mama balik. Ayah cuma suruh kitorg masuk tidur je. Sabo jela... Sebab tu sampai sekarang aku boleh ingat peristiwa tu hewhew =p

Tapi baru sekarang aku faham. Sangat faham dengan condition Mama masa tu. Perempuan mengandung. Itulah aku sekarang. Saat aku tengah menulis ni pun, aku menangis. Menangis terkenangkan  susahnya aku nak kawal emosi aku, kesihatan aku, semua benda pun macam di luar kawalan je sekarang ='( Aku tahu tak semua pregnant mothers yg experience emotional distractions seteruk yg aku alami. Baru sekarang aku faham betapa susahnya Mama nak kandungkan aku dulu. Baru aku sedar, kenapa ayah aku boleh jadi sangat tenang dan cool bile Mama bebel-bebel... Dah 5 orang anak dengan isteri yg satu.

Kasih sayang seorang ibu, baru sekarang aku betul-betul dapat rasa. Walaupun Abang ada untuk jaga aku setiap masa, Mama mesti tanya kesihatan aku almost everyday. Kalau aku craving ape-ape, Mama bersusah payah untuk dapatkan apa yg aku nak. Kalau balik kampung, Mama layan aku baikkk sangat. Kalau aku kat KL, Mama akan call aku, tny khabar. Kalau setiap kali aku rasa sedih, nak nangis, aku mesti call Mama. Tak tahu kenapa, tapi memang penawar duka betul lah bile dengar suara Mama. Ni Mama kat Korea seminggu, aku sedih sangat..aku rindu sangat suara Mama.


Mama memang tulang belakang aku in everything. Sejak dulu lagi. Waktu nikah pun tangan aku memang tak lepas-lepas pegang tangan Mama. She's my biggest support in everything. Lepas kahwin ni, aku nye support dah bertambah, iaitu Abang =')

Kalau ikutkan hati aku memang mengeluh je sepanjang masa. Tapi bila setiap kali aku rasa down dan stress, Allah mesti remind aku tentang nyawa yg tengah menumpang dalam perut aku. Aku usap perut aku, aku tak jadi mengeluh. Tapi end up aku menangis. Sebab tangisan yg selalu buatkan aku kuat.

Bile aku rasa resah, aku capai Quran, aku baca walaupun satu ayat je yg aku larat. Pastu tertidur sambil peluk alQuran. Allah memang tempat yg terbaik untuk kita luahkan rasa resah. Aku selalu doa, supaya Abang pun sama-sama kuat, supaya Allah bantu Abang untuk jaga aku, faham aku, sayang aku, belai aku.


Pagi tadi (eh! tengahari lah hahah) bile aku buka peti ais je, aku ternampak shake dah siap,  sekali dengan love note on  it =')

Abang adalah orang yg paling banyak bersabar dengan aku sepanjang 10 minggu so far. Aku pun belum tentu boleh sabar dengan diri sendiri. Thank you abang =') Saya harap Abang akan sabar lagi dengan saya sampai perjuangan kita selesai k? I love u so much. Cant live without him by my side, even bile aku muntah-muntah, if Abang takde kat sebelah aku usap-usap aku, aku mesti menangis. Oh! Teruknya aku ni, Terlalu dahagakan kasih sayang sekarang ;(

Your smile and your love will always make my day..


Kehamilan juga adalah sebuah perjuangan. Walau tiada yg mampu memahami, aku mesti terus kuat. Sebab aku yakin, zuriat ni akan membesar menjadi seorang anak soleh, kebanggaan kami berdua, dan saham untuk alam akhirat kami.. Tolong doakan baby sihat, jadi anak soleh =)

Anak kami akan jadi al-hafiz ameen ameen

Comments

Cik Adil said…
romantik laki k.atie....huhhu..jeles ni...=)kuatkn smgt ye k.atie..semoga baby k.atie jadi ank soleh...amin..insyaallah....=)
just another friend said…
oh Atie..=') bertabah ye. *hugs*...

Popular Posts