Kahwin & Kawan-kawan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ape jadi? Semalam. Malam tadi. Housemates aku semua pergi dine out dekat Khairiyah's father's restaurant, Firdouse. Semalam aku takde kelas pun, tapi abang keluar bekerja meninggalkan diriku keseorangan di rumah kononnya untuk menggunakan masa yg ada untuk study.

Oh hell no. Aku semalam pagi-pagi dah termuntah. Mulalah datang kepitaman. Kemudian konon-konon mentabahkan hati, bangun dari katil, ambil penyapu, kemas rumah. Basuh baju yg dah 2 minggu tak basuh, ade 3 round untuk dicuci. Tambahan pula, baju-baju raya yg mahal sikit dari yang lain, perlu dicuci dengan handwash. Tak boleh sembarangan.

Flat terus atas katil pada pukul 12.30pm.Terlajak tidur sampai pukul 2pm. Bangun-bangun je kepala aku pusing lagi, sebab aku terlajak lunch time, aku x makan. Aku terus capai bubur yg aku dah siap-siap masak untuk seminggu malam tadi hewhewhew (gelak si aleen) tipu je tapi kirenye aku masak bubur tu excessive lah sbb tersilap bajet. Makan sambil pasang movie kat laptop. Maklumlah, rumah kami belum ade TV. Rase malas nak beli dulu TV. Movie 2 jam tu pun aku tertidur sebab pening kepala menghadap laptop lama sangat. In the end, no book touched! =P

Ok panjang sangat cerita tentang diri sendiri. Alkisahnya, petang semalam lepas asar, Khairiyah sms ajak pergi dinner Firdouse. Aku berbunga-bunga gembira! Tapi, bila dapat tahu abang ada meeting dengan seorang penerbit bukunya, aku sedih terus ='(

Rindu waktu dulu hangout dengan diorang ni. Memang the moment hampir-hampir sebelum kahwin, aku agak kurang spend time with my housemates, sebab I was really focusing on my marriage. Aku fokus kerja kuat-kuat, ade masa lapang, aku pergi jumpe customers and business partner Herbalife aku. Waktu lain aku pergi classes and siapkan tute, and kalau ade masa lebih sikit, aku tidur.Aku tahu kawan-kawan aku ni pun kurang senang dengan keadaan sebegitu. Tapi aku tak boleh nak buat ape, sebab aku memang perlukan sebuah hubungan pernikahan dengan Abang.



Dan memang aku selalu doa, semoga aku masih disayangi, dan akan lebih menyayangi kawan-kawan aku tak kire dari sekolah rendah, sekolah menengah, hingga ke Monash, dan kawan-kawan dari arah lain selepas aku selesai bernikah. Kenapa? Sebab sometimes, bila kita kurang bertemu dan bersua, rindu tu lebih kuat dalam hati, dan bila berjumpa, rasa sayang tu lagi bermakna =D

Memang betul, Allah bagi aku perasaan tu selepas bernikah ni. Aku rindu kawan-kawan aku. Semua. Tak terlarat nak senaraikan setiap satu. Walaupun aku kurang menghubungi setiap satu kawan-kawan aku, tapi aku selalu bercerita dengan abang tentang semua kawan-kawan aku heheh. Sampai abang bosan dengar, yelah, bukan abang kenal pun sorang-sorang nama yg aku sebut tu.





Sejak join Herbalife, kawan-kawan aku bertambah laaagggiii ramai. Yang tua macam Uncle Allen pun ade, yg muda macam Zati, kawan adik aku pun ade. Hahah. (Uncle Allen tak baca kot blog aku ni =P)


sebahangian kawan-kawan Herbalife

Maaf kalau ade yg takde dalam gambar. Aku dah mula nak pitam ni, so baik aku berundur diri hewhewhew (gelak aleen lagi).


 Ok itu je aku nak tulis harini. Pesanan aku, hargailah kawan-kawan kita tak kira ape pun kelemahan mereka. Tak kira walaupun kita dah berkahwin dan berumahtangga sebab kelak, semua orang pun akan mempunyai keluarga sendiri masing-masing. Masing-masing perlu belajar untuk memahami kawan masing-masing. Dan bila berkawan, jadilah kawan yang memudahkan kawan. Jangan berburuk sangka, sentiasa berterus-terang jika ada khilaf dan ketidakpuashatian. Bila pertolongan diperlukan, bantulah kawan kita. Sebab hubungan dengan kawan pun, pahalanya pasti dihitung Allah. Semoga aku dapat menjadi seorang kawan yg berguna =D

Renung-renungkan, dan selamat beramal! =)


Comments

Engku Sofea said…
Alalalalala comel .. Syg atie!
Ana Farhanah said…
Assalamualaikum atie,

keep reading every post in ur blog, dear.

keep missing u every second.

mg Allah mencintai atie, lebih dari ana sendiri.

kmslm pada zauj dan ... (pitam2 tu mcm ada hint..hehe)

take good care of urself,dear. mg sebaik-baik penjaga itu jaga atie dgn baik..amin.

ada rzki, iA allah izin kita jumpa lagi..wslm wbt
kay said…
rindu la u mardiati!!, nnti, baby da kelua, suro die main dgn aunty kay !=D

Popular Posts