Persediaan Bersalin Untuk Si Ibu Dan Si Anak

Bismillahirrahmanirrahim.

Hello! Welcome back Ladyship Atie! Hahah! Yes yes I know, it's been 3 months since my last blog post. So many things happening in my life that I was not able to spend my time and my energy in front of the laptop to blog.

I am now 36-week pregnant. Kalau ikutkan physical preparation, memang dah sedia untuk give birth to my second baby. Tapi kalau ikut emotional preparation and mental preparation, belum sediaaaa ='( Hahah. Memang kalau ikutkan EDD, lama lagi. 4 minggu lagi. But disebabkan haritu aku dah ada case threatened preterm birth (Siapa tak faham ape tu threatened preterm birth boleh google sendiri ek hehe) so sekarang ni kira macam aku perlu bersedia je for any possibilities. I need to avoid any activity yang boleh induce delivery. Nak duduk pun kena pilih tempat yang ada alas empuk. Kalau duduk atas kerusi keras/lantai memang confirm contraction and kejang merata-rata anggota badan.

Harini rasa nak share checklist preparation untuk wanita yang bakal melahirkan anak. Hehe. So here we go.

Persediaan untuk si Ibu:
  1. Kain batik 3 helai.
  2. Tuala mandi 1 helai.
  3. Seluar dalam pakai buang Senang tak payah fikir nak simpan mana seluar dalam yang dah penuh darah nifas.
  4. Maternity pad. Pad ni tak sama tau dengan pad yang kita biasa pakai masa kita datang haid. Kena sediakan pad yang khusus untuk maternity. Uols boleh cari di kedai barangan bayi atau kedai maternity. Atau di shopping complex, section barangan baby. Confirm ada jual.
  5. Baju untuk stay over di hospital. Make sure it is breastfeeding friendly. Means, ada button/zip kat bahagian dada. Senang nak breastfeed baby :) Sediakan la 3-4 helai.
  6. Tudung sarung (je senang takyah serabut nak pin bagai). Hehe. 
  7. Selipar jepun untuk mandi manda di kolam mandi hospital (HAHA).
  8. Sweater (selalunya waktu malam memang korang akan menggigil kesejukan di bilik wad).
  9. Handphone dan powerbank fully charged.
  10. Buku merah (jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. EH!)
  11. Kad pengenalan (Suami punya sekali ye!)
  12. Makanan dan minuman yang kita sendiri rasa macam nak makan sebelum/selepas bersalin. I would love to bring my Herbalife products (the shakes, aloe vera juice, omega 3 and etc) and Vico, biskut utk cicah dengan Milo. Ohmai sedapnya! Haha.
  13. Nursing bra with the breast pad. (2 helai pun OK)
Persediaan untuk si bayi dibawa ke hospital:
  1. Pampers bersaiz newborn
  2. Minyak telon.
  3. Sleepsuit (Bilik wad selalunya sejuk especially waktu malam) 3 pasang.
  4. Baby wipes.
  5. Stokin tangan dan kaki baby 1 pasang.
  6. Tuala mandi baby 1 helai.
  7. Napkin 3 helai.
  8. Selimut bedung baby 2 helai.


Now let's talk about sabun mandian baby. Masa aku baru bersalinkan Yassir in 2012, like other normal new parents...aku ke kedai barangan baby, aku tanya kat staff tu, sabun ape paling bagus...and normally the products yang diorang rekomen adalah produk yang mahal dan famous. And memang bajet untuk sabun Yassir agak tinggi setiap bulan. Sampai lah suatu hari kami belajar dalam kelas nutrisi organized by our beloved company Herbalife, dapat ilmu tentang sulphate & paraben.

Sulphate:
Paraben:

So lepas dah ada knowledge tentang 2 bahan kimia ni, setiap kali nak beli any products yang berkaitan dengan kulit, I will read the ingredients thoroughly to make sure it is not made of any of these two chemical. And sekarang memang aku loyal to this one brand as sabun mandian anakku Muhammad Yassir.



I highly recommend this sabun for your babies. Jangan hanya tengok pd harga atau brand. Sebab sebelum ni aku pun dah guna brand yang mahal2 tapi rupanya mahal sebab brand je, They claimed the products are organic but still ada sulphate and paraben. So whats the point kan? Mana nak dapat sabun Pigeon ni? Susah sikit nak cari. Kalau kat Melaka ni, Jusco ada...kat section barang-barang baby. Try la cari :)

Till then, bai! See you later in my next entry! (tak tau bila hahahah!)

Comments

Popular Posts