Isu Ashraf Muslim Kahwin Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua :) Hot tak tajuk entry aku?

Hahah. Isu Ashraf Muslim kahwin isteri kedua di Thailand dah membanjiri news feed facebook aku. Okey biasanya aku tak berminat pun nak tulis entry pasal isu artis macam ni. But as a woman, a wife, sedikit sebanyak tercuit jugak la hati aku, terlintas la jugak dalam fikiran aku tentang masa depan. Sebabnya, Dayana isteri Ashraf Muslim ni bukan dari kalangan artis, dia adalah orang biasa. 2nd, sebab Ashraf Muslim boleh kahwin lagi tanpa pengetahuan dan persetujuan the 1st wife..isteri mana tak sedih dan kecewa? Kalau Dayana isteri pertama Ashraf tu pun tak expect benda macam ni akan jadi, kita pun ada possibility yang sama kan? But banyak juga benda yang di luar pengetahuan kita. so jom sangka baik, dan doakan yang baik2 untuk mereka. Kita? Jom doa rumahtangga kita dilindungi Allah. Let us pray to Allah that HE will protect us till Jannah.

surah An-Nisa'

Ni lah ayat tentang 'kebenaran' Allah bagi kepada kaum lelaki untuk berpoligami. 

Yes indeed, boleh berpoligami. But sangat banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum seseorang suami dibolehkan berkahwin lagi. Antara faktor paling crucial is keadilan. Adil dari segi perasaan isteri pun perlu diambil kira tau. Kalau dah kahwin tanpa persetujuan isteri, nak adil macam mana? Lepas tu, cuba ingat balik semasa bernikah, kalau si isteri ada meletakkan syarat untuk si suami tidak boleh kahwin lagi, maksudnya tak boleh lah. Banyak lagi lah faktor nak kena tengok. Dan aku bukanlah orang yang alim untuk membicarakan soal hukum. Betulkan jika aku salah. 

Jom kita doa kuat-kuat. Supaya Allah lindungi rumahtangga kita semua. Memang biasanya bila isteri ada satu kekurangan atau kesilapan, suami senang sangat lupa pada semua kebaikan lain yang si isteri ada. Tapi aku yakin sangat jika suami berkahwin dengan si isteri dengan niat nak bawa isteri ke syurga, suami memang akan terima isteri seadanya dan didik isteri dengan perkataan yang baik, teguran berhemah, dan paling penting is didikan berdasarkan tauladan (Lead by example).. 

Allah letakkan hak2 yang besar seperti hak berpoligami, hak menceraikan, etc lebih kepada kaum suami sebab Allah nak didik kaum lelaki ni untuk bersifat SABAR. Kalau baru kahwin less than 10 years, dah x boleh nak sabar, memang suami perlu get back to ALLAH. Bukan get into other woman and marry another wife. Nauzubillah min zalik. 

Aku, as a wife, sedar bahawa aku sendiri perlu improve performance sebagai seorang isteri. Jom sama-sama kembalikan cinta kita pada ALlah. Semoga kita semua mampu buang ego dari dalam diri ketika berumahtangga. Tanam sifat sabar. Didik rasa mawaddah dalam rumahtangga. Semoga kita semua berbahagia dan layak bercinta hingga ke syurga :')


SABAR, perkara paling sukar, tapi paling indah..

Comments

Popular Posts