Tekanan Dan Muafakat
Bismillahirrahmanirrahim
Aku tak tahu nak tulis apa.
Dalam kepala ni, silih berganti topik-topik yg heavy gempak gile bagai. Agak serabut gak la dah nak dekat hujung bulan ni.
Assignments, presentation, masalah percintaan (huahua =p), tekanan perasaan, business, semua ada lah.
All in one.
Maka dengan ini, aku nak share something about muafakat. Muafakat antara suami dan isteri. Walaupun aku belum kahwin lagi hahah
Aku tak tahu nak tulis apa.
Dalam kepala ni, silih berganti topik-topik yg heavy gempak gile bagai. Agak serabut gak la dah nak dekat hujung bulan ni.
Assignments, presentation, masalah percintaan (huahua =p), tekanan perasaan, business, semua ada lah.
All in one.
Maka dengan ini, aku nak share something about muafakat. Muafakat antara suami dan isteri. Walaupun aku belum kahwin lagi hahah
tak elok kan jadi macam ni. ish ish |
kalau macam ni je selalu kan bagus? =) |
Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat. Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. Allah menunjukkan suatu muafakat dalam rumah tangga antara suami dan isteri dengan ayat berbunyi,
"Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik .... Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat" (2:233).
Suatu yang menarik mengenai ayat tersebut ialah ia berkontekskan penceraian. Sehingga dalam krisis begini pun Allah menyuruh supaya berunding dengan baik antara (bekas) suami dan isteri!
Atau, dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian, juga disuruh-Nya bergaul dengan baik. Mungkin apa yang dibenci itu adalah suatu yang baik. Firman-Nya,
"Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan" (4:19).
Ni aku jumpa time aku sibuk baca-baca article untuk santapan iman di waktu pagi. Enjoy! =D
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
Comments