Melayu, Anda Dikutuk!

Bismillahirrahmanirrahim

[Aku kalau dengar org bercakap pasal isu melayu ni mesti terpikir apa yang sebenarnya orang melayu ni nak… aku kadang2 lost… kite bermati-matian nak pertahankan hak melayu atas Malaysia ni untuk ape eh? Kite nak pasal ini hak nenek moyang kite ke? Kite nak pasal kite skrg tengah berkuasa? Kite nak pasal kite rasa kaum lain pendatang? Or kite rasa orang melayu lah yang majukan Malaysia smp jadi kaya raya macam ni? Or ape sebenarnya reason2nye?

Nampaknye org melayu emosional bila datang bab hak melayu in Malaysia… sampai x sempat pikir apa pasal nak sangat tanah ni… kalau sebab tamak nak harta or kuasa je baik tak payah bagi kat org macam ni…

Bagi aku, I want to see Malaysia develop and achieve higher standing in the world… so that other countries will look highly on our citizens… and I think that kind of goal should be colorless… I don’t care if its malays or Chinese or Indians who would sacrifice their sweat, tears and blood for the sake of this goal… I want my country to be better and I want every Malaysian to work for it…

On top of that I would support any effort to remove the tongkat on the malays… any liberation of the economic protection for the bumi… because I firmly believe the malays have the ability to do without it… kite orang melayu sangat2 lah terperuk dengan victim mentality… kite sume ingat kalau kite bersaing dengan cina kita pasti kalah… apa pasal pulak? Bodoh lemah sangat ke orang melayu ni? Belum cuba belum tahu… org cina confident sebab they have made it through in Malaysia by themselves… without anyone subsidizing and bailing out their failed business… sebab tu drg confident… kite org melayu belum lagi banyak diajar berdikari… tapi aku memang yakin we cn do it lah… ape masalahnye? We have run petronas until it’s one of the fortune 500 company… so buang la semua protection nie… make the malays fight to earn their place.. not run and hide behind their distant past and their so-called sultans…

bagi aku untuk bina Negara yang united, mesti la ade one purpose of life, of being, of nationhood… macam US, their purpose is enshrined in their constitution which is the pursuit of happiness… Amerika kata buatlah ape korang nak kt atas tanah amerika ni, supaya korang dapat mengecapi kebahagiaan… they give liberty to anyone to achieve their American dream… that is one purpose of life suggested by the American people… kalau Singapore, from Zaman Raffles lagi the main purpose of that country is to provide free trade… Singapore flourish on that… whoever nak trade can come to Singapore and make a living or become rich… point being when one purpose of existence has been laid down for a state then hopefully everyone has a common ground where to unite…

Tapi Malaysia agak sukar sikit lah… perlembagaan kita cakap pasal perkauman… jadi orang melayu emo nak kekalkan kuasa regardless lah ape nak jadi ngan Malaysia… d u think if we purge out all the Chinese and Indians this country would survive? Losing half the population is not what we want for Malaysia im telling u… if orang melayu nak kuasai sangat Negara ni baek do it on a same playing field dengan Chinese and the others… so when we got it that way, they wont say a word anymore…

Lagipun kenapa ikut sangat perlembagaan ni? Bukan kite kena update ke ape ade dalam perlembagaan ni dengan idea dan perkembangan semasa? Mungkin ade unsur2 British yang semua orang tau strategi divide and conquer diorang?

So tolong lah jangan asyik nak ungkit2 hak2 yang berunsurkan perkauman tapi takde inisiatif untuk tunjuk yang kite lebih berhak ke atas Negara ini… Buktikan kepada semua rakyat Malaysia kalau betul yang orang melayu lebih layak untuk mentadbir Negara ni sebab memang kita adalah orang yang lebih baik atau terbaik dari semua segi… pentadbiran, ekonomi, pendidikan, social, moral, jujur, ikhlas, integriti… kalau berjaya buktikan macam tu tak payah lah nak sembunyi belakang sejarah silam yang makin lama makin jauh ditinggalkan… semua orang akan setuju orang Melayu patut kuasai Malaysia…

sebelum kita sampai tahap tu… tolong diam dan mula bekerja ke arah membetulkan diri sendiri dan umat melayu…

p/s untuk renungan sempena bulan Ramadhan… kenapa pada masa sekarang, Allah SWT tak bagi je tampuk pemerintahan dunia ni pada orang islam kalau Allah SWT berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia nak buat? Kenapa bagi kat orang bukan islam yang aturkan segala system yang ada atas muka bumi sekarang ni? System agama dan kepercayaan, ekonomi, politik, budaya, social semuanya memang bercanggah dengan al Quran… Manusia hidup atas muka bumi diajar bukan untuk mengadbikan diri kepadaNya…kenapa? Aku pernah dengar orang yang bijak berkata ia kerana kalau beri pada umat islam Zaman sekarang, akan hancurlah dunia ni ditadbir oleh mereka… so dengan penuh tak redha Allah terpaksa bagi pada orang bukan islam… sebab diorang je yang layak nak perintah dunia ni sekarang… diorang dah buktikan dengan system yang dorang ade, kehidupan adalah sangat teratur… bandingkan kota New York dan Jakarta or Dhaka or Mogadishu or mana2 lah kota orang islam Zaman sekarang…

jadi orang islam boleh ke nak juz jerit2 kata wehh dunia ni aku yang punya! Sebab Allah kata dalam Quran macam tu..! x boleh kan… macam mana nak supaya dunia semuanya jadi islam adalah dengan usaha mengubah diri dan umat macam yang Nabi buat dulu… diam x payah claim ape2 dulu, but believe and work towards betterment… sampailah satu dunia ikut tatacara islam dari segenap pelosok kehidupan…]



Hasil tulisan seseorang, yang meminta untuk dirahsiakan identitinya.
Atie kata: "Atie setuju dengan some of the points, but not all..APA KATA ANDA?"

Suka ke kena kutuk?.
So better baca and defend bangsa kita secara RATIONAL!
Remember, Allah won't change the fates for a community unless the community itself try to change themselves.

Comments

zihni said…
Mungkin dengan membantu melayu kita secara tidak lansung membantu Islam? Jika melayu tidak berkuasa di malaysia, adakah Islam di negara kita akan kekal seperti sediakala?

Atie tanya, mengapa kita degil sangat mahu ikut sangat perlembagaan? bukankah Islam sebagai agama rasmi juga termaktub dalam perlembagaan? sebagai agama rasmi, Islam adalah satu2nya agama di negara ini yang berhak mendapat dana daripada kerajaan. patutkah kita merombak balik perlembagaan, megikut kehendak semasa, bagi menafikan hak itu? memotong dana Islam untuk disalurkan untuk membina kuil2? contohnya lah.

Dimana kita melukis garisan di antara yang boleh dirombak dan yang tidak boleh?

Memanglah cukup ideal jika kita tidak pandang terus isu2 kaum. tetapi kita harus akur, kita bukan hidup di dunia ideal. sekarang kaum, adat dan agama terlalu intertwined. setiap langkah akan ada akibatnya. soalnya sekarang, jika dilihat dari perspektif terbesar, adakah akibat itu baik atau buruk? berbaloi atau tidak?

Kalau kita lihat dari segi persaingan, memang saya setuju. tongkat melayu perlu dibuang. tetapi jangan dibuang sebelum kita mengajarnya berjalan. mungkin keluarga ladyship symbolic self sudah cukup selesa dengan kekayaan yang dikecapi. sudah mampu berjalan. baguslah begitu. tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu. nelayan2 di terengganu. petani2 di kedah. kebanyakannya melayu islam yang perlukan bantuan. siapalah kita untuk bercakap bagi pihak mereka?

wallahualam
Anonymous said…
Salam.
1. Sepatutnya kta pertahankan agama, bkn bangsa.

2. Boleh baca kenapa bkn org Islam kuasai dunia skrg di http://inijalanku.wordpress.com/2008/11/08/tazkirah-kemenangan-obama/
Ahmad Syafiq said…
This equation will always hold:
HARD WORK = SUCCESS

Help the poor, regardless of their race and religion, with sincerity. Since we are not the government (yet), do whatever you can to help those people in need. There's nothing much we can do about external influences. Do whatever is within our power.
I think, in regards of "Hak Keistimewaan", we can see it in many different kind of views. Me myself used to see it in the way above but after asking a lot of people and doing some readings, the issue is not so simple. The main question is, is it permissible in Islam. Do several people have several rights. But the answer is not always applicable in every situation & some answers surprised me.

It is always wise to give nasihat than criticising. The problem in Malaysia is that every party loves to criticize another to the extent that hatred starts to fill in our hearts. Have we forgotten the nice way of nasihat? We are all brothers and sisters. Speak to the hearts. Give way to patience.
DiN said…
"Kalau kita lihat dari segi persaingan, memang saya setuju. tongkat melayu perlu dibuang. tetapi jangan dibuang sebelum kita mengajarnya berjalan. mungkin keluarga ladyship symbolic self sudah cukup selesa dengan kekayaan yang dikecapi. sudah mampu berjalan. baguslah begitu. tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu. nelayan2 di terengganu. petani2 di kedah. kebanyakannya melayu islam yang perlukan bantuan. siapalah kita untuk bercakap bagi pihak mereka?"

typical malay mindset, and attitude as well. always come to conclusion that if a malay speaks about abolishing/reducing malay's right, that person probably comes from a rich family who doesn't need the help anymore, and therefore are not entitled to speak about others who probably still need the helps. how long do you think we need to teach this Malays? 50 years is not enough? is not about stop helping malays, it's about helping those who are in need. doesn't matter if they are malay, chinese, indians, or whatever ethnicity that person might be, if he/she need helps, we've got to help them. you said don't remove the 'tongkat selagi kita tak mengajarnya berjalan'. well that's the reason why the malays can't still walk! we never teach them how to walk, instead we let them use the 'tongkat' for the past 50 years!

like you said, there are malay fishermans in terengganu, or farmers in kedah that still need helps. well i say, lets help them, but not by ignoring that maybe there are also chinese fishermans and farmers that need the help as well.

the problem now is the abuse of the system by those who walks in a corridors of power. I myself have witness how this system got abused!

How do you explain a Tan Sri's (a malay) childrens getting a scholarship to study overseas, while at the same time a chinese girl said to you that she can only afford to study in Malaysia because it's hard for her to get scholarship? and mind you, this girl's father is just an old newspaper collector?
Anonymous said…
Terima kasih kerana mengkritik. Orang Melayu kebanyakannya pantang dikritik. Saya sendiri tidak tahu apa sebabnya. Saya akui kebenaran sikap ini.

Melayu hari ini hanyalah sekadar Melayu sahaja. Tidak semestinya Melayu itu Islam yang sebenar. Jikalau Islam pun, itu hanya pada nama. Kebanyakannya begitu. Bukan semua. Saya pun Melayu. Pasti ada yang marah dengan kenyataan saya ini. Adakah oleh kerana saya pun Melayu jadi saya tidak boleh mengkritik orang Melayu?

Ada seorang kenalan saya yang berbangsa Cina tetapi pengetahuannya tentang sirah Islam lebih baik dari saya. -Di sini saya akui saya lemah dalam soal sejarah Islam. Dia menggunakan pengetahuannya itu untuk bercerita tentang Islam kepada bangsanya dan juga bangsa Melayu.

Apabila kenalan saya ini berbuat demikian, timbul cakap-cakap negatif dari orang Melayu tentang kenalan saya ini. Saya keliru. Apakah orang bukan Islam tidak boleh mengetahui dengan mendalam tentang Islam? Apakah Islam itu hanya untuk Melayu sahaja jika di Malaysia?

Sesungguhnya orang yang lebih mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Antara Melayu, Cina dan India, semuanya perlu lebih bertaqwa untuk menjadi makhluk yang mulia disisi-Nya. Maksud taqwa itu sendiri hendaklah difahami secara menyeluruh. Bukan sekadar menghafal maksud dari segi bahasa dan istilah seperti yang terdapat dalam buku teks sekolah.

Melayu memang perlu dibantu. Saya setuju dengan pendapat ini. Akan tetapi, bantuan ini janganlah sehingga menindas orang lain. Ini adalah tindakan yang zalim. Kebaikan sentiasa menolak kezaliman. Tongkat yang disediakan mestilah adil dan saksama. Antara ciri-ciri penghuni syurga ialah pemimpin yang adil. Tanpa keadilan, penindasan pasti berlaku. Dengan kata lain, penindasan berlaku dengan ketiadaan keadilan. Tanpa keadilan, tidak akan hadir semangat kerjasama. Masing-masing akan bermusuh. Keadilan ini pula janganlah disempitkan dalam beberapa aspek sahaja. Keadilan itu adalah sejagat. Seisi dunia mahukan keadilan.

Jangan terkejut jika ada orang Cina yang membenci Melayu di sesetengah kawasan. Ini adalah fakta. Pergilah ke bandar-bandar besar di Malaysia dan lihatlah sendiri. Orang-orang Cina ini dahulunya merupakan golongan tertindas akibat kekurangan nilai keadilan dalam sistem negara. Sekarang, mereka telah bangkit daripada penindasan.

Perlembagaan yang ada hari ini adalah hasil dari pengubahsuaian perlembagaan dari negara luar. Banyak kelemahan yang ada. Bukankah kita sepatutnya mengamalkan perlembagaan cara Islam? Kita sendiri yang enggan melaksanakannya.

Lihat kepada kes Kartika Dewi yang ditangkap kerana kesalahan minum arak. Apa sudah jadi dengan hukuman keatasnya? Kenapa hukuman itu tidak konsisten? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem kehakiman sedia ada.

Cuba kita fikir, apakah tanggapan bangsa selain daripada Melayu terhadap kes ini. Apakah agaknya wartawan-wartawan Sin Chew Daily akan menulis tentang perkara ini. Ini merupakan perkara yang jarang kita sedari. Puncanya: Melayu hanya ambil berat tentang Melayu. Melayu tidak perlu ambil berat tentang bangsa lain.

Media cetak juga memainkan peranan penting dalam soal perkauman. Jika dikaji secara logik, kebanyakan akhbar hari ini sengaja melaga-lagakan kaum. Semua ini berpunca dari politik yang tidak bersih. Hegemoni media ini sebenarnya telah lama bertapak yakni semenjak era Tunku Abdul Rahman lagi. Di sini dapat dilihat kegagalan media massa dari segi melaksanakan tanggungjawab sosial di negara kita.

Nik Aziz pernah berkata: Orang Melayu apabila berkumpul, mereka akan melaungkan "Hidup Melayu". Orang-orang Cina dan India yang melihat adegan sebegini pasti berasa kecil hati. Apakah Melayu sahaja layak tinggal di Malaysia? Tidakkah kita pernah terfikir tentang bangsa lain?

Semua ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-Nya.

"...Jika datang seorang fasik membawa suatu berita kepada kamu, maka selidik & kajilah berita tersebut terlebih dahulu..."
Anonymous said…
Saya setujuuuuu

-gbit
zihni said…
Din, thank you for your constructive input. here's my 2cents =)

first of all, does a typical malay mindset and attitude, automatically put an idea or opinion in the wrong? i'd like to throw something out here. not directed to anyone in particular. certainly not to anyone here. may I? many people I meet have the opinion that they're correct just because they're the minority. I dont mean racial minority or status minority, but mindset minority. I guess they think that because there are fewer of them they are better. more.. elite.. no matter how many facts back the majority's opinions, they are never ever good enough to be considered because, well, they're the majority's opinions. and the majority are sheep. period. is that fair?

Now back to the main point, I agree that the Special Rights should be reviewed and it's "enforcement" changed. because I agree that it isn't perfect. it is not handling our issue as spot-on as we would like. you ask, "(is) 50 years is not enough (to help the malays?)". sure the malays have improved. but the keyword here is have they improved enough? compared to other races? nope. thats why i go with change, dont abolish.

Why am I even considering races? being so racist? shouldnt we just help the poor and everyone would be happy? ideally, yes. sadly, that's not entirely true. the way I see it is like this. unless we are the same, we will always be different. am i wrong? it's in human nature to trust those who are like us. this isnt just about skin colour and eye-size. but also about language, religion etc. i always hear people comparing malaysia to america. about how america could accept barack obama as president and how there is no hope for that in malaysia. but what language does barack obama speak in? is there a special "black language" that he speaks with family at home? nope. he speaks fluent english.

we dont live in a perfect world where clouds are made of cotton candy. race does matter. and racism has to be accounted for. if one race is superior to another, steps must be taken to well, prevent race riots. that's the reason we had the Special Rights in the first place correct? because we had major race riots?

My opinion. help the poor regardless of race? sure. but only if there in no such thing as race. no malay, chinese or indian. no cantonese, tamil among certain groups, excluding others. no chinese schools and tamil schools to teach the young that "we're different and we're proud". everyone should be the same.

your thoughts?
The imbalances did not start because of "Hak Keistimewaan". They started during the colonisation period. The foundation of businesses in Malaysia are in the hands of one race. That my friend is unjustified. We are trying to correct the imbalances.

Stop talking. Try to do a business (not small size) and you will see the real world of doing business in Malaysia. It is powered by one race because the power is given to them by the British. It's impossible to penetrate because the just won't let you to do so. While we are busy bashing one another, they are busy helping one another. This fact seems like muslim Malays have difficulties to learn.
zihni said…
Thanks for your input Said =)

just would like to correct a, uh, quote, of yours. i said race riots. not "imbalances" in general. quite different. I agree with much you say though.

salam
zihni said…
eh, said plak. i mean eqwan =)
satu lg point..

nampak sgt sapa yg create tulisan di atas ni,jenis org tk reti sejarah kut.

duk ambik contoh amerika,singapore dan negara barat lain.

dia tk sedar ka punca msalah ni sebab doktrinisasi cara pemerintahan barat dalam perlembagaan Malaysia?

dari depa jugak.dan USA sendiri,akibat dasar bebas yg diamalkan.kononnya hak rakyat diberi kebebasan seluas2nya,apa jadik?effect kpd ekonomi dunia,punca sbb apa?ada aqal,tlg la guna..kaji balik sejarah!

p/s : sori kalo ter emo,memang panas org kutuk bangsa sendiri,tp dia pun tak buat apa.suruh cek pointer ke,tgk skit.first class ke?(ditujukan kepada org yg create tulisan yg atie post tu)
eksp said…
kalau la saya masih rajin menulis macam dulu2.. banyak je point nak tembak balik penulisan kawan atie nih... hehehe...

but some of the point adalah relevant.. betullah tuh...

tapi ada jugak yang tak betul.. erm.. mana ada pendapat yang perfect melainkan bersandar kepada Quran dan Hadith, kan?
aik..

komen saya yg pjg lebar satu lg tk keluar ek
Ziarah76 said…
atie,
sorry ni agak terkeluar dari topik hehehe, kalau nak beli barang boleh la berkunjung ke http://pakaiansunnah.blogspot.com/

tolong promote link tu boley? thanks
safwan said…
salam
orang melayu ni mmg lemah
isu hak istimewa orang melayu nih mmg macam privillege la utk kita
so kita ade reason utk kurang rajin berkerja n bermalas-malasan. tapi pada pendapat sayalah, hak istimewa orang melayu sepatutnya takde, tuka jadi hak istimewa orang islam. baru la orang bukan islam berminat nak masok islam kan? macam dekat madinah dulu, mane ade ikut puak, kau orang muhajirin, kau pendatang, so kau kurang hak, aku orang ansar, aku tokey tanah, so aku lebih byk hak dari ko. TAK KAN?
rasullullah saw dia pecahkan lain2 kan. ikot agama. yahudi, nasrani, islam. kan baru stabil. ni ikot kaum pulak orang melayu nih. asabiah betul ah. ish2. da la asabiah, pemalas, rempit, ape lagi, disgrace betul lah. ignorance. da taw tak pandai, blaja la rajin, adoy. datang surau terawikh borak, pakcik pon same. time moreh laju ajer. orang tgh semyang pg bakar mercun, biadap sungguh. orang cina pon time semayang tak bakar mercun, apatah lagi meriam tin. hish. bengang2. nasib baik jantung nih kuat lagi, klu tak, boleh heart attack dibuatnye.
Ahmad Syafiq said…
Saya setuju dengan pendapat Safwan bahawa kerana adanya hak istimewa orang Melayu, kebanyakan orang Melayu menjadi malas kerana mereka kurang bimbang dengan masa depan. Oleh itu, jangan terkejut jika ada orang bukan Islam yang tidak menghormati Islam kerana sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak menunjukkan keindahan agama Islam ini. (Walaupun saya tidak suka lihat kepada bangsa, tetapi kerana isu ini isu bangsa, maka saya cakap tentang bangsalah) Apa-apa pun, yang paling penting, jaga kebajikan orang-orang miskin tanpa mengira agama dan bangsa. Berikan mereka peluang untuk berniaga.
FADZIL ASRI said…
kalau bahasa pun berterabur dan bercampur aduk,jangan difikir bagaimana melayu hendak perkasa..semuanya bermula dari bahasa..agongkan yang luar..
FADZIL ASRI said…
lagi satu aku tidak setuju dengan bent4mrun,bangsa tidak akan kuat jika islam tidak teguh dan begitulah juga sebaliknya..identiti bangsa adalah sesuatu yang harus dipertahankan.melayu dengan melayunya dan begitu juga pada bangsa yang lain..tetapi mesti ada satu titik persamaan yang membolehkan kita bersatu..perlembagaan jangan sesekali dicabuli,hidup rakyat harmoni..
Anonymous said…
1. Apa2 pun jgn lupa yg menyatukan hati2 kita ialah ALlah, adapun bangsa itu sbg asbab kita bersatu saja. sptmana dlm firmanNya
* وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعاً مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ(الأنفال :62-63).


2. Melayu mulia krn Islam. Kalau bangsa melayu tinggalkan Islam(x mengamalkan apa yg diajar) maka kemuliaan akan meninggalkan Melayu.
Anonymous said…
Ayat daripada surah Al-Anfaal ayat 63.
Maaf ada sedikit kesilapan.

Popular Posts