Consistency

KONSISTEN



Sebelum ini abang ada beritahu konon nak Build muscle bagai.. Beriya-iya abang beli kasut seluar dan baju untuk workout. Aku ingat lagi kononnya ini dream abang before pergi vacation Melbourne. Abang cakap nak badan sasa time di Melbourne. Aku tak de lah mengharapkan abang ada badan mcm body builder, aku dah cukup happy if abang maintain perut kempis..

Mula-mula dulu abang pergilah gym pastu joging semua. Tapi after one week of consistently doing it, abang dah mula tak konsisten. Last-last terus tak pergi langsung ke gym dan joging. Bila aku tanya, abang sengih-sengih. Hahah. Akhirnya, dah sampai Melbourne, badan abang langsung takde ketak-ketak. Hahahahahah....

And tell you what, sejak kahwin, everytime abang declare nak kurus and build up muscle, aku selalu je try nak bagi support, tapi bila aku masak dia pun sibuk makan sekali -.- hahahah. Takkan aku nak halang husband sendiri makan ye dok? And takkan aku nak kena berlapar sebab husband aku tak boleh makan? LOL. So baru-baru ni, lepas balik dari Active World Team University di Bangkok abang menyatakan lagi hasrat yang sama. AKU TERUS CAKAP AKU MALAS NAK PERCAYA AND MALAS NAK SUPPORT. Hahah. Tapi actually dalam hati doa lah jugak Abang kental dan disiplin. Heheh. Tp mmg zahirnya, aku tak tunjuk langsung support sebab kali ni aku decide nak bagi "reverse psychology" support. AND IT IS WORKING!! =p



Alhamdulilah, sekarang hampir hari-hari ke gym (except bila outstation) dan paling penting abang dah mula jaga makan. Cut nasi putih uols. Setakat hari ini entry ini aku tulis, abang dah beritahu sudah 35 hari dia workout. Dan result abang mmg nampak sangat. Badan abang dah ada shape dan mostly banyak muscle dan terbina. hehehe. Nantikan testimony terbaru suamiku itu ye!! 

Bila aku fikir-fikir balik, ada satu sahaja perkara yang buatkan abang berbeza iaitu Konsisten ataupun Istiqomah. Entry ni bertujuan untuk aku muhasabah diri aku sendiri. Sebab aku pun mengalami cabaran untuk istiqamah. Dah lama tak bangun tahajjud hoi :'(



Ramai orang boleh plan macam-macam, nak dapatkan 10Kvp lah, nak badan ketak-ketak lah. Pastu beli set gym lah, beli penimbang canggihlah dan macam-macam. Tapi kebanyakkannya langsung takde result sebab tak konsisten dalam melaksanakan sesuatu. 

KONSISTEN adalah sesuatu perkara yang dilakukan setiap hari dan berterusan.Walaupun sedikit tetapi tetap melaksanakan sesuatu perkara sehingga kita yakin ia akan mencapai kejayaan. 

Konsisten sangat memainkan peranan besar dalam hidup. Bila aku fikir balik, ramai Herbalife distributors yang quit bukan sebab tak ada orang nak beli Herbalife dengan mereka tapi sebab mereka sendiri tak konsisten. Mereka nak result cepat dan gempak, tapi buat kerja sekali sekala, selang sehari atau selang seminggu baru bercakap dengan orang tentang Herbalife. Bila tak dapat apa-apa hasil terus salahkan Herbalife ni susah lah..'not working for me' lah...macam-macam.. dan terus taknak buat Herbalife.

Seriously, running a business is never an easy job. Lebih 850 CEO berjaya yang ditemuramah, bila ditanya apakah KUNCI KEJAYAAN, diorang akan cakap HARD, AND HARDWORK (kerja, kerja keras). 

Macam itu juga dalam Herbalife. Konsisten kerja memang sangat susah dan sakit. Tapi bila kita kerja dengan konsisten dan kita nampak IMPIAN kita dan WHY kita yang besar, kita akan hiraukan semua kesakitan dan kesusahan yang kita hadapi.

Macam SYURGA. Allah tidak akan beri syurga kepada hambaNya dengan cara yang senang. Allah akan uji dengan pelbagai ujian mengikut kemampuan masing-masing. Lepas itu, barulah boleh digelar orang beriman dan masuk ke Syurga.

Firman Allah, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


So, kalau rasa nak kaya dengan bisnes Herbalife, tahanlah diuji dengan pelbagai ujian dengan terus kerja secara konsisten. InsyaAllah, bukan sahaja kaya tetapi kayaraya dengan bisnes ini. The moment we started joining this company and wanting to do the business, we must ensure we made the decision for ourselves. We are the one who want to change our life. Joh Maxwell wrote in his book, "Fall in love with the challenges of change and watch the desire to grow". Exactly!! The moment kita buat keputusan nak berubah, mesti adaaaaa je benda yang mencabar jadi dalam hidup kita kan? Padahal sebelum tu tak ada masalah pun. Ha, at that moment yang Allah hantar cabaran, it means Allah nak uji kita. Sama ada kita akan back off atau kita akan overcome dan solve cabaran tu. 


"Kalau nak cepat kaya, Herbalife bukan bisnes yang sesuai untuk anda. Tetapi kalau nak kaya raya, Herbalife adalah Bisnes yang sesuai untuk anda."


So, kalau kita rasa kita tak dapat lagi apa yang kita nak. Cuba tanya diri sendiri, adakah kita dah buat kerja secara konsisten atau kita buat main-main bisnes ini. Testimonial orang yang dah berjaya dalam bisnes Herbalife sangat banyak. Semua Dari GenH sampailah yang berumur 50 tahun dah ada income beratus ribu sebulan. Rahsia mereka sukses adalah mereka kerja secara konsisten dan setiap optimis bahawa mereka akan gapai impian mereka. Lambat atau cepat itu soal kedua, yang penting kita kerja kuat-kuat dan kerja secara konsisten :)




Jom kita janji pada diri sendiri, kita kerja kuat-kuat, konsisten dan terus besarkan impian dan WHY kita dalam Herbalife. 

Kejayaan tidak akan datang bergolek, sama ada kita kejar kejayaan itu atau kita terus tidak dapat merasainya. 

Sekian. Kbai. 

Comments

Popular Posts