Macam Ibu Kehilangan Bayi...

Begitulah perasaan saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bangun pagi setiap hari, lepas dah baca doa bangun tidur, benda pertama aku buat: jenguk baby. Baby saya nama dia BB. Tapi, pagi tadi, saya bangun je pagi, saya terus menangis. sebab BB saya dah dirampas oleh syaitan bertopengkan manusia.

Faham tak perasaan seorang ibu yang dah kandungkan anak dia susah payah selama 9 bulan, tiba-tiba tak sampai setahun si ibu jaga anak dia, anak dia diambil, dirampas oleh manusia yang tak berhati perut? Boleh bayangkan tak perasaan tu macam mana?

Blackberry saya dicuri.

Sejak saya perasan tentang kehilangan BB saya, saya menangis sepanjang hari. Asal sebut perkataan 'phone' atau 'blackberry' je, saya terus alirkan air mata. Tak mampu nak tahan.

Saya bukan seorang yang bersenang-lenang dengan duit ibu bapa. Saya bekerja keras untuk bersenang-senang dengan kehidupan saya. Saya bekerja keras untuk tidak menyusahkan Ayah dan Mama. Tapi... :'(

Hasil kerja keras saya sejak December 2009 sampai Julu 2010, BB muncul dalam hidup saya.
Time tu handphone Nokia, terjatuh dalam kolam time saya di Bali, dengan troop Herbalife. Ada Supervisor Training.
I bought the blackberry without knowing a thing about it. Sebab bila subscribe dengan Digi, time tu Bold 2 baru released dalam market Malaysia, and I found that the price is just the same macam harga phone Nokia saya masa baru beli last 3 years. Saya bukan orang yg gila gadget. Saya guna handphone untuk sms and call SAHAJA.

Lepas dah beli BB tu, yang tukang download semua-semua benda dalam BB tu adalah encik tunang saya. Barulah saya mula mengenal tentang BBM, facebooking through BB, twitter, browsing through BB, etc.

Dan saya mula enhance my skill in internet marketing. Alhamdulillah, I did quite well in my Herbalife business through my BB!
Saya makin lama makin cintakan BB saya.

But! But! But!

AWAK PENCURI! Awak rampas kebahagiaan saya! :'(

Awak rampas hasil kerja keras saya. Awak rampas benda yang saya guna untuk saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :'(

Tahu tak perbuatan seseorang mencuri bayi dari seorang ibu tu Allah panggil KEJAM?

Saya redha dengan kecurian tu, tapi saya tak relakan. Saya berdoa supaya Allah bukakan pintu hati pencuri tu supaya pulangkan BB saya. Saya perlukan all the contacts in the phone. Saya perlukan the pictures in it. Saya perlukan my BB.

Saya juga doakan supaya Allah ajar si pencuri itu dengan ajaran yang setimpal, supaya dia kembali mencari redha Allah.
Sama ada Allah nak gantikan dengan rezeki yang lebih besar untuk saya, atau Allah nak tolong hapuskan dosa-dosa saya, saya redha.

Yang penting, saya sayang Allah. Dan saya tahu Allah sayang saya. Cukup. Semoga kamu berbahagia di akhirat nanti, wahai encik pencuri.

Mama dan encik tunang dah janji nak bantu saya untuk beli a new BB. Saya dapat Curve pun dah more than enough. Asalkan saya dapat entertain all my customers, business partners, my teammates, my family, and friends, through emails/fb/twitter/bbm/sms/call. Saya bertanggungjawab untuk entertain all of them. And encik pencuri, I hope u're happy with my loss.

P/s: entry about my engagement day will be updated soon, inshaAllah! And, tolong doakan untuk saya ni: "ya Allah, tolonglah kurniakan Atie result exam yang cemerlang,supaya Ayah dan Mama yakin bahawa Atie boleh kahwin awal, dan Kau berikanlah yang terbaik kepada kami, hamba-hambaMU ya Allah! I love you, Allah. ameen"

Comments

عين said…
sabar ye atie..pasti ada sebab setiap yg berlaku..pasti...Allah Maha Adil :)

ustaz pesan..jgn ditangisi apa yg tlh hilang/ tiada, syukuri apa yg masih ada...and i know, u will :))

Popular Posts