Padah simpan bohsia
Bismillahirrahmanirrahim
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan NAZARALI SAERILmetahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pada mulanya mereka tidak kisah diberi RM10 atau RM20 jika diusung jantan, sama ada sekadar berjalan-jalan atau sampai ke bilik tidur.
Bagaimanapun, apabila keinginan untuk berhibur dan ketagihan dadah pil ecstacy serta ‘ice’ (syabu) semakin tidak terkawal, mereka berjinak-jinak menjadi ‘kaki kikis’ dan pencuri.
Berbekalkan pakaian seksi dan suara manja, asalkan ada jantan yang boleh ‘ditakluki’, mereka sanggup dijadikan teman sebelum melarikan wang atau apa saja barangan berharga.
Disebabkan marah dan kecewa, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Bakhtiar turut menampal dan mengedar risalah berkaitan Mimi dan Gina di beberapa lokasi sekitar bandar raya, selain membuat laporan polis.
Bakhtiar mengakui dia sebelum ini ‘membela’ Mimi dan Gina lebih dua tahun selepas termakan pujuk rayu dua bohsia itu yang kononnya mahu berubah jika ada ‘abang’ yang menjaga.
Katanya lama kelamaan dua remaja itu semakin ‘menjadi-jadi’ apabila menggandakan aktiviti berhibur.
“Rahsia mereka terbongkar apabila saya mendapat tahu mereka menelan pil dan menghisap dadah. Jika ke disko, mereka memakan pil erimin 5 dan ecstacy dan pada masa lain mereka hisap ‘ice’.
“Saya tanya mereka dan mereka mengaku berbuat begitu. Patutlah asyik minta wang saja,” katanya.
Menurut Bakhtiar, selepas mengetahui perbuatan mereka, dia tidak lagi memberi wang walaupun diminta berbuat demikian oleh dua remaja itu.
“Pada masa sama, saya tahu mereka ada ramai teman. Sebab itu apabila saya tidak beri wang, mereka tidak kisah.
“Kesudahannya, saya menjadi mangsa penipuan mereka kerana satu hari wang saya berjumlah RM3,500 dan dua telefon bimbit yang disimpan dalam beg hilang. Ketika itu saya tertinggal beg itu di rumah mereka dan memang sah mereka yang mencuri sebab sehingga hari ini mereka terus menghilangkan diri,” katanya.
Bakhtiar berkata, Mimi dan Gina semakin terdesak kerana mereka perlukan wang untuk berhibur dan membeli dadah.
“Mereka akan terus mencari mangsa baru demi memenuhi tuntutan untuk berhibur dan hisap dadah.
“Dengan berperwatakan seksi dan manja, saya yakin entah berapa ramai lagi jantan menjadi mangsa mereka,” katanya.
Menurut Bakhtiar, wanita jenis bohsia seperti Mira dan Gina pandai memujuk rayu sehingga mampu mendapatkan apa yang dimahukan.
“Hidup saya jadi huru hara kerana mereka. Mereka bukan saja pandai memujuk rayu, tetapi pada masa sama pandai berpura-pura.
“Saya beri wang dan pada masa sama pernah membantu mereka mendapatkan pekerjaan, tetapi akhirnya mereka buat ‘dajal’ apabila mengikis dan mencuri wang saya,” katanya.
Mengenai usahanya menampal poster dan mengedar risalah mengenai Mimi dan Gina, Bakhtiar berkata, dia tidak akan berhenti berbuat demikian selagi mereka tidak dihadapkan ke muka pengadilan atau insaf dengan perbuatan yang dilakukan.
baca seterusnya kat metro eh>,<
-----------------
Ini Kata ATIE
Yang encik lelaki tu sebenarnya sedar tak yang kedua-dua wanita itu adalah mangsa lelaki, termasuk dia sendiri?
Lelaki kan ditugaskan oleh Allah untuk jaga wanita.
Then bila dua wanita itu datang goda lelaki, kenapa kau layan?
kenapa masa tu kau tak terfikir nak bagi wanita itu insaf?
Kenapa bila sampai kes-kes macam ni, wanita selalu jadi pesalah teratas?.
Ya, memang mereka salah dalam kes ini.
Tapi kalau lelaki itu beriman, dari awal lagi dia sepatutnya bantu wanita itu!!!
Ini tidak, lepas kau dah 'raba' inci-inci yang ada pada wanita itu, kau nak merungut dia ambil duit kau bawak lari.
Jangan kau beralasan bahawa nafsu lelaki 90% untuk wanita. Then bila wanita menggoda, kau kata kau memang takkan mampu nak elak.
Hah, itulah sikap kebanyakan lelaki
Merasakan diri itu yang paling betul dan put the blame on women.
Encik yang buat report tu sungguh tak bertanggungjawab!
Ingat, wanita itu fizikal mereka lemah, emosi mudah terganggu.
Siapa nak disalahkan?
Diri masing-masing.
Bantu mereka kembali kepada jalan kebenaran.
Mereka punya potensi.
Allahua'lam
Comments
But if parents fail in their responsibility, then hancurlah institusi kekeluargaan. But blaming the failed parents alone would be unfair, wouldn't it? So, that's why many factors are taken into account to investigate why some people become like this. We can't really define the main reason why we have a failed society. It's more like a deadly combination of factors that affect the society's moral values/ethics.
Thus, I feel that hudud laws are the best set of laws (although not 100% perfect) to ensure that crime rates would fall dramatically and societal problems would also fall dramatically. I know many people are sceptical about hudud laws, but what is there to fear if they have done no wrong? That is what I don't understand about some people.
btw, masalah2 yg timbul skrg ni bukan salah lelaki atau perempuan, generally..
salah individu yang mencorakkan kehidupan dier sendiri..
juz my opinion, no offence ok? ;)
Thanx for the brilliant comment!
haha
But, i want to emphasize here,
HUDUD is 100% perfect.
It's Allah's.
and nothing Allah's aint perfect.
Allahua'lam.
----------
acapviv,
ya, salah individu yg mencorakkan kehidupan diri sendiri.
Tapi punca pd kesalahan meereka adalah pimpinan negara yg memerintah.
Cuba bayangkan kalau TV, media, akademik, semuanya ada penekanan tentang ISLAM secara meluas dan menyeluruh, media selalu remind ttg zikrullah, bukan zikrul politik, etc,
insyaAllah rakyat sejahtera, social problems will be reduced, and by that time, government wont be blamed sbb we all know theyve done great job.
Cuma persoalannya, they're not doing their duties due to Islam's requirement. No sincerity lillahita'ala.
How?
kononnye nk suruh org ambil moral of the story..I dont think bdk2 kecik akan faham psl bende ni & akan ikut yg jht..
ape gne org2 yg dtugaskan jge media massa kt msia ni..dato' pe ntah..mmg la bende2 ni ade kt msia, tp kalu lg diagung2kn, lg btambah byk la kes2 cmni tjadi..bile dh teruk, br nk menggelabah cr solution to the problems..nonsense..
wallahua'lam
Emphasizing...
HUDUD is 100% perfect.
ye, betul3.
sbb kadang2 org tak taw pun what on earth bohsia is.
then bila ditayangkan 'real' story mcm bohsia, ppl will be couraged instead of discouraged. kan? *nauzubillah*
-------
man belon,
we should understand each other. and jalankan tugas masing2.
nak mengharapkan dunia ini sempurna, memang takkan terjadilah.
sbb tu kita kena be simple, so that kita takkan mudah terganggu.
kamu lelaki terganggu dgn wanita yg terdedah n free hair,
tapi kami perempuan kadang2 terganggu dgn lelaki yg tak sedar akan tanggungjawab mereka untuk memelihara wanita.
allahua'lam.