Tangisanku hanya untukMu..

Sabda Rasulullah saw=)


"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari p0honnya.."




::petikan cerita dr buku 'Penenang Jiwa' by Imam Ghazali::
Ada lelaki jatuh hati pd seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yg sunyi ketika orang-orang sudah tidur, lelaki tu pun sampaikan maksud hatinya. Si wanita tu pun menyahut,
"Lihatlah apakah orang-orang dah tidur semuanya?"
dengan demikian lelaki tu ingat bahwa maksud hatinya telah dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata,
"Benar, semua orang telah tidur"
Lalu wanita tu bertanya,"Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?"Apakah saat ini Dia juga tidur?"
Lelaki tersebut menjawab, "sesungguhnya Allah tidak pernah tidur"
Wanita tu berkata lagi,"Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki tu meninggalkan wanita tu kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumah dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya,"Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?"
Lelaki itu menjawab: " Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."
Dalam kitab 'Majma'ul Lathaif'- dirawikan kpd Nabi Muhammad saw, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah berkata, "Aku tidak mengumpulkan pd hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dariKu di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat."
Firman Allah swt: (Al-Maidah:44)
"Maka janganlah engkau takut kpd manusia dan takutlah kepada-KU"
Rasulullah pernah bersabda:
"Api neraka tidak akan menjilat orangn yg pernah menangis kerana takut kpd Allah swt. Sehingga air susu kembali ke buah dada."
Dan Rasulullah selalu berdoa:
"Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum airmata ini habis".
DON'T WASTE YOUR TEARS JUST FOR A NON-BENEFICIAL-GUY, BUT DO CRY FOR ALLAH,YOUR CREATOR~~YOUR LOVER!
TAKBIR!!

Comments

Anonymous said…
ikhlaskan hati kerana setiap doa yang dipohon, Allah akan mendengar dari setiap penjuru alam.....
Ladyship Atie said…
insyaAllah...tp bukan semua hati mampu mencapai keikhlasan yg hakiki..same2lah doa supaya hati2 kita mudah tersentuh tatkala nama Allah disebut..amin
fadilah said…
atie nk pinjam ayat nih ek...nk post kat my fb...tq..DON'T WASTE YOUR TEARS JUST FOR A NON-BENEFICIAL-GUY, BUT DO CRY FOR ALLAH,YOUR CREATOR~~YOUR LOVER!
TAKBIR!!

Popular Posts